berita

Duit Rosak? Rileks, Jangan Buang Sebab Anda Sebenarnya Boleh Tukar Di Bank

October 18th, 2018 | by Shafika
Kini Trending

Duit merupakan sekeping kertas yang sangat tinggi nilainya. Ianya menjadi sangat penting bagi semua kerana apa saja yang kita mahu memerlukan duit untuk membelinya. Namun apabila duit yang dimiliki menjadi rosak, ramai yang memilih untuk membuangnya.

Pemuda berkongsi cara untuk menyelamatkan wang kertas yang mengalami kerosakkan seperti terkoyak mahupun terkena dakwat menerusi laman Twitter miliknya. Harapnya lepas ni kalau ada duit yang rosak tu janganlah terus buang ya. Mana tahu masih ade nilainya.

Boleh ditukar dimana-mana cawangan bank

Kerosakkan pada duit syiling

Menerusi Malaysian Coin juga menunjukkan jenis-jenis kerosakkan pada duit syiling yang boleh ditukar di mana-mana cawangan bank.

  • Kakis 
    Sebahagian atau keseluruhan permukaan duit syiling rosak teruk atau terkakis secara kekal akibat tindak balas kimia.
  • Berlubang 
    Terdapat sekurang-kurangnya satu lubang yang ketara pada mana-mana permukaan duit syiling.
  • Kemek 
    Duit syiling yang kemek akibat ketukan, tetapi tidak relai.
  • Pecah 
    Duit syiling yang pecah kepada beberapa bahagian.
  • Potong 
    Duit syiling yang dipotong dengan menggunakan objek tajam seperti pisau atau gunting.
  • Terbakar 
    Kerosakan akibat terbakar yang menyebabkan rupa duit syiling berubah dan menjadi kusam.
  • Kotor 
    Perubahan pada warna duit syiling disebabkan haus, lusuh dan kotor, contohnya duit syiling berwarna hitam.
  • Syiling Ganjil 
    Rupa bentuk duit syiling yang ganjil berlaku semasa proses penempaan

Kerosakkan pada duit kertas

Malaysian Coin juga turut menyenaraikan jenis-jenis wang kertas rosak yang boleh ditukarkan di bank.

  • Kotor / Lusuh 
    Kekotoran yang menyeluruh atau tompokan yang terdapat dipermukaan wang kertas.
  • Lembik 
    Lipatan berlebihan yang menyebabkan kerosakan pada struktur atau tekstur wang kertas.
    Renyuk 
  • Lipatan secara rawak yang banyak meliputi keseluruhan wang kertas yang (Pengecutan menyebabkan keadaan visual wang kertas itu terjejas teruk (termasuk Wang Polimer) pengecutan wang polimer akibat terlalu terdedah kepada kepanasan).
  • Conteng 
  • Wang kertas yang mempunyai perkataan, tanda-tanda, simbol, lukisan yang dilakarkan di permukaan wang kertas dengan sengaja.
  • Luntur Warna 
  • Luntur warna pada sebahagian atau keseluruhan wang kertas seperti telah dibasuh atau terkena bahan kimia.
  • Koyak 
  • Wang kertas yang terkoyak sebarang saiz atau dari mana-mana hala yang melebihi saiz 5mm pada mana-mana bahagian wang kertas.
  • Berlubang 
    Wang kertas yang mempunyai sekurang-kurangnya satu lubang yang saiznya melebihi 5mm (lubang dawai kokot dan lubang jarum boleh diterima).
    Ubah suai 
  • Bahagian-bahagian wang kertas yang sama dicantum semula dengan menggunakan pita perekat atau glu.
  • Lipatan bucu 
  • Lipatan bucu yang kekal dan tidak boleh dipulihkan, yang menyebabkan panjang atau lebar wang kertas tersebut berkurang melebihi 5mm.
  • Terbakar / Di makan Anai-anai
  • Kerosakan yang disebabkan terbakar atau dimakan anai-anai pada mana-mana bahagian yang melebihi saiz 5mm.
  • Cantuman Wang kertas
  • Wang kertas sama yang terpisah kepada beberapa bahagian dan hanya beberapa bahagian dicantumkan; atau beberapa bahagian daripada wang kertas yang berlainan yang dicantumkan.
  • Hilang ciri-ciri 
  • Salah satu atau lebih ciri keselamatan didapati hilang atau rosak apabila diperiksa secara manual (visual)

Sumber: Dr. Aiman, Malaysian Coin

×