berita

Duit Tak Ada, Suami Isteri Ini Nak Bawa Pulang Jenazah Bayi Ke Kampung Naik Bas

December 5th, 2019 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Walaupun berlainan bangsa, sifat peribadi Kuan Chee Heng atau lebih mesra dengan panggilan Uncle Kuan ini sering menerima pujian daripada netizen. Jika sebelum ini, Uncle Kuan dipuji kerana membuka Pusat Asuhan Kanak-Kanak secara percuma buat orang ramai.

Terbaru, Uncle Kuan sekali lagi dipuji kerana sudi membantu pasangan suami isteri yang memerlukan perkhidmatan van jenazah. Terbaik!

Bas Express dan jenazah bayi

Senja. Di perkarangan bilik mayat hospital. Ibu kandung jenazah baby bersama suami. Operation baby gagal dan meninggal dunia. Sudah 4 bulan di hospital, mereka ingin naik bas express balik ke Kulim, Kedah kerana mereka tak mampu sewa van jenazah. Bayangkan keperitan mereka pada masa itu. Wang bas express pun sumbangan dari nurse di wad hospital.

Nak makan duit pun tak ada. Kedai makanan dalam hospital pun dah tutup selepas 7.00 malam. Mereka nekad nak bawa balik baby yang meninggal naik bas express pasal itu lah duit tambang yang ngam ngam ada dan telifon saya berdering bunyi. Abang sado bilik mayat ceritakan kesedihan di senja hadapan pintu bilik tuntut mayat. Beliau beritahu saya keadaan yang sebenarnya.

Tuhan bagi saya kekuatan

Saya penat, tetapi saya minta Tuhan bagi saya kekuatan dengan partner saya Serena. Kami tak balik mandi. Kami terus capai van jenazah dan kami terus pecut ke hospital Serdang dan kami bawa baby balik. Di pertengahan jalan, kami berhenti untuk beri laluan kepada ayah dan mak baby untuk makan. Namun, mereka enggan turun dan memberi alasan jaga baby. Saya seluk saku dan beri wang, barulah si suami bergegas pergi beli makanan.

Rupanya mereka enggan makan kerana tiada duit dan bukan sebab baby, sedihnya! Ini lah pengalaman pengalaman yang saya lalui. Sedih, saya akan terus melangkah tanpa berundur untuk bantu kerana ada orang lebih perlu dari kita. Siapakah kita? Gagah apa kita? Kerana kita belum mati kita berangan angan di dunia sehingga kita kaku dan kita jugak akan di bantu.

Terima kasih kerana membaca dan ianya adalah pengalaman untuk menginsafkan diri kita dan buat lah mana yang perlu dan hidup di dunia ini jangan kita abaikan mereka yang memerlukan kita. Salam hormat dari uncle Kentang.

Semoga urusan uncle dipermudahkan

Rata-rata netizen memberikan pujian buat Uncle Kuan kerana sering memberikan bantuan buat insan yang memerlukan. Netizen turut mendoakan urusan Uncle Kuan di dunia ini dipermudahkan.

Sumber: Kuan Chee Heng

SKIP THIS AD ×