Sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ni, kebanyakan dari aktiviti harian kita agak terbatas dan membuatkan kita banyak bergantung kepada perkhidmatan dalam talian.
Nak beli barang dapur, shopping dan bayar bil, semuanya lebih selesa dilakukan di rumah dengan menggunakan perkhidmatan-perkhidmatan perbankan internet. Bukan je jimat masa dan tenaga, tapi kita juga boleh mengamalkan penjarakan sosial.
Korang tahu tak, ada satu lagi perkhidmatan dalam talian yang lebih selamat, pantas dan percuma yang kami nak kongsikan dengan korang. Semudah hanya masukkan nombor telefon, dah terus boleh pindahkan wang!
Cara mudah untuk hantar wang, DuitNow!
Mesti ramai yang pernah dengar tentang DuitNow ni, tapi mesti ada yang tak tahu lagi macam mana nak gunakan DuitNow ni kan?
Kalau korang nak tahu, DuitNow ni adalah perkhidmatan pembayaran yang membolehkan korang memindahkan wang dengan lebih mudah, cepat dan selamat! Boleh kata sama fungsinya seperti instant transfer, cuma korang tak perlu pun tahu nombor akaun bank orang yang korang nak kirimkan duit. Korang hanya perlu masukkan nombor telefon mereka dan voila, semudah tu je nak pindahkan wang!
Nak beli juadah berbuka? Mudah je, cuma bayar penjual makanan dan semua jenis perkhidmatan dengan hanya memasukkan nombor telefon bimbit atau nombor pendaftaran perniagaan mereka daripada nak key in 12 digit nombor akaun tu.
Haa..dengan raya yang bakal tiba dan memandangkan tahun ni tak dapat nak balik ke kampung, bukan alasan untuk korang tak bagi duit raya kepada ibu ayah, adik-adik dan anak saudara korang tau. Apa susah, DuitNow kan ada!
DuitNow, mudah dan selamat!
Yang lebih menarik, korang tak perlu nak muat turun DuitNow sebab ianya bukanlah sebuah aplikasi tersendiri, sebaliknya DuitNow tersedia di dalam perbankan mudah alih korang.
Oh ya, hampir semua bank ada menyediakan perkhidmatan DuitNow ni, termasuklah CIMB, Citibank, Hong Leong Bank, HSBC, Maybank, Public Bank, RHB, UOB dan banyak lagi! Jadi korang tak perlu ragu-ragu untuk menggunakan DuitNow ni kerana ia memang selamat, kerana menggunakan perkhidmatan rasmi bank korang.
Pindahkan wang melalui DuitNow dan bawa pulang Mercedes-Benz GLA 200!
Ramadan ini, teruskan duduk dirumah dan bantu peniaga-peniaga kecil kita dengan bayar melalui DuitNow di perbankan internet atau mudah alih pilihan korang. Lebih menarik, mulai sekarang hingga 26 Mei 2020, korang juga berpeluang untuk memenangi sebuah Mercedes-Benz GLA 200 apabila menggunakan perkhidmatan DuitNow untuk memindahkan wang!
Lebih kerap korang guna, lebih tinggi peluang korang untuk menang! Nak tahu caranya? Mudah je..
- Log masuk ke perbankan Internet atau mudah alih
- Cari DuitNow di bawah menu ‘Funds Transfer’ atau ‘Send Money’.
- Masukkan ID penerima dan sahkan butiran pemindahan. Wang akan dipindahkan ke akaun penerima dengan serta-merta.
Mudah je kan! Kalau korang nak lebih jelas, tonton video kat bawah ni:
Jom daftar sekarang dan menangi Smart TV 55”!
Bagi korang yang belum berdaftar dengan DuitNow, baik korang buat sekarang kerana setiap minggu, pengguna yang baru berdaftar berpeluang untuk memenangi Smart TV 55” tau!
Apa yang korang perlu lakukan hanyalah link kan nombor telefon bimbit atau nombor kad pengenalan dengan akaun bank pilihan korang untuk pindah dan terima wang.
Sebanyak 12 pemenang mingguan akan dipilih! Apa tunggu lagi, jom gunakan DuitNow sekarang dan siapa tahu mungkin korang antara yang bertuah untuk bawa pulang kereta idaman dan Smart TV baru! Tertakluk kepada terma dan syarat.
Untuk maklumat lanjut, layari laman web DuitNow.
DuitNow dikendalikan oleh Payments Network Malaysia Sdn. Bhd.