berita

‘Dulu Dia Lagi Cantik’ – Komen Tranformasi Kurus Adele, Adibah Noor Disalah Erti

August 4th, 2020 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Penyanyi, Adibah Noor, memberi pendapatnya mengenai perubahan berat badan penyanyi popular dunia, Adele. Menurut Adibah, sekiranya transformasi tersebut dibuat atas sebab kesihatan, dia akan menjadikan ianya sebagai satu inspirasi.

Namun, pendapat pelantun lagu ‘Terlalu Istimewa’ itu telah disalah erti oleh segelintir netizen. Mereka mendakwa penyanyi ini cuba menjatuhkan imej Adele.

Dulu dia lagi cantik

Menurut Adibah, dia mendakwa jika Adele menurunkan berat badan sebab ingin tampil cantik, penyanyi itu salah kerana sebelum ini penyanyi ‘Rolling In The Deep’ itu sudah kelihatan cantik. Pendapat Adibah itu telah mendapat perhatian seorang individu yang menganggap dia menjatuhkan semangat Adele. Walau bagaimanapun, Adibah menyuruh individu berkenaan membaca semula tweet tersebut dan memahaminya.

I chill je

Susulan daripada itu, rata-rata netizen turut menghentam individu berkenaan. Menurut netizen, kenyataan yang dikeluarkan Adibah tidak menjatuhkan penyanyi terkenal itu apatah lagi, mengutuk penampilan terbarunya.

Sumber: Adibah Noor

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×