Muka kusam, tona tak sekata dan berjerawat merupakan salah satu faktor hilangnya keyakinan diri dalam diri seseorang. Tak mustahillah jika ada yang sanggup menghabiskan duit untuk mendapatkan rawatan semata-mata ingin kelihatan cantik.
Wanita ini dulunya mengalami masalah kulit muka yang teruk akibat jerawat, parut jerawat memang susah nak hilang walaupun dah ditutupi make up. Tapi sekarang muka dah flawless habis! Baca perkongsian wanita ini tentang perkara penting yang korang kena jaga untuk elak muka ditumbuhi jerawat.
Apa yang patut korang jaga jika muka berjerawat
SIAPA BERJERAWAT, TAKNAK BACA, RUGI!!!
Tergerak hati nak tulis post ni, kesian kat adik yang tumbuh jerawat penuh 1 muka, dik. U are not alone. Banyak lagi yang cantik tapi muka naik jerawat penuh satu muka. Check balik apa yang patut.
Ok untuk yang senasib dengan kakput dulu, marilah kakput share punca breakout. Yes my skin sangat senang breakout, lepastu parut nauzubillah bertahun nak hilang guys, nasib ade dermaroller. Kurang lah sikit penderitaan beta. Hahahah…
Dengan ini kakput share apa yang patut korang jaga if korang muka berjerawat, yang tak de jerawat jangan hina orang berjerawat, kang kena tulah baru tahu. Jangan dok bangga, i pakai safi je, muka i flawless.(dengan nada bongkak) tak semua nasib baik macam awk, bersyukur tanpa menyakitkan hati orang lain boleh??
And tak perlu kot hina local product, jerawat ni bukan orang Malaysia je kena. Omputih lagi teruk-teruk pakej dengan jeragat lagi. Takkan dorang breakout sebab pakai product Malaysia kot?? Kalau 1 jenis product tu sesuai dengan semua jenis makhluk kat muka bumi ni, memang tak wujudlah qu puteh dato arip vida bagai tu.
Beauty need patience. Kalau was-was dengan product tempatan, just dont buy. Iolls pakai skII pon breakout pa citaaaa??
Kawal hormon dengan amalkan supplement & pakai pakaian sesuai dengan iklim
Masalah hormon
Bagi seorang remaja, kelenjar sebaceous mengembang dan mengeluarkan lebih banyak sebum di bawah pengaruh hormon yang dikenali sebagai hormon androgen. Hmm sebab tulah kalau kita tengok hari ini lebih ramai dari kalangan remaja perempuan dan awal dewasa yang mengalami masalah jerawat berbanding wanita dewasa. Walaubagaimanapun, kebiasaannya, liang sebaceous yang hasilkan sebum ni akan semakin berkurangan apabila meningkat dewasa.
Tapi benda ni bergantung juga, hormon tak stabil pon boleh menjadi punca jerawat juga tau. Cara kawal hormon anda boleh amalkan evening primerose, atau jamu puteri yang put jual.
Pakaian
Haa. Jangan tak tau. Pakaian anda juga boleh jadi punca anda ditumbuhi jerawat terutamanya pada bahagian belakang badan. Belakang badan kita juga mempunyai ribuan kelenjar dan liang roma yang boleh memerangkap sebum dan minyak. Oleh itu, pakailah pakaian yang sesuai dengan iklim tropika di Malaysia ni. Pakaian yang sesuai ialah yang memudahkan pengudaraan pada kulit anda dan bersih. Bukanlah bermaksud anda perlu mendedahkan aurat yer. Menurut satu kajian, memakai pakaian tertutup yang tidak mendedahkan kulit anda secara langsung semasa keluar boleh mengelakkan masalah seperti kanser kulit dan jangkitan bakteria akibat pencemaran. Itulah salah satu hikmahnya orang Islam disuruh menutup aurat. Selain menjaga maruah dan keaiban diri (Mendedahkan parut dan sebagainya yang tidak elok dilihat). Orang yang malas mandi juga lebih berisiko mendapat jerawat pada bahagian badan. Ye anak-anak?? Yang paling penting jaga kebersihan pakaian, nak muka cantik kena jadi pembersih sikit tau! Jangan muka cantik tapi mak oih baju kepams.
Guna kosmetik dan alat solek dari bahan semulajadi
Pancaran cahaya matahari
Sebenarnya cahaya matahari bukanlah penyebab utama masalah jerawat. Walaubagaimanapun, haba yang dihasilkan oleh cahaya matahari kepada anda boleh menyebabkan kulit anda berpeluh dan berminyak sekaligus menyebabkan liang roma anda juga tersumbat. Selalunya if jerawat naik, korg tak boleh pakai sunblock yang berminyak, pakai yang light contohnya bb cream. Jangan pakai yang terlalu heavy yang boleh buatkan pores korang clog.
Penggunaan kosmetik dan alat solek
Jika anda selalu menggunakan alat solek dan kosmetik pada wajah, tetapi tidak membersihkannya dengan baik, maka ini boleh menjadi penyebab tumbuhnya jerawat. Pilihlah alat solek yang berasaskan bahan semulajadi untuk kulit lebih sihat. Memilih alat solek yang mengandungi bahan terlarang dan merbahaya hanya akan memburukkan lagi keadaan anda.
Its depends, jerawat ni punca dia macam-macam. The moral of the story reti bersyukur jangan hina orang ada jerawat k?? Hihik tak semua product sesuai dengan kulit kita, walaupon branded brand. The most important thing is know your skin. Iolls pernah pakai skII then breakout teruk ape cite?? Its our choice baby.
Elak makanan berminyak, pedas & seafood
Stress
Percaya atau tidak, lagi anda stress, lagi banyaklah jerawat yang akan keluar. Berterusan dalam stress hanya akan memburukkan lagi simptom jerawat anda. Walaubagaimanapun, dengan rawatan yang betul, jerawat masih boleh dicegah. Stress teruk boleh menyebabkan radang terhadap jerawat. Hal ini kerana adrenalin serta hormon androgen yang ada dalam badan dikeluarkan secara berlebihan apabila kita stress dan menjadi punca lebih banyak jerawat yang akan timbul hewhew. Jangan stress, banyak jerawat jangan dok tengok cermin sangat nanti lagi stress sebab muka tak licin.
Pengambilan makanan
Isu pemakanan jadi punca jerawat sebenarnya masih tidak dapat dibuktikan dengan jelas. Tapi memandangkan diet pemakanan kita mempunyai kesan langsung terhadap insulin dalam badan kita, maka ia juga boleh mempengaruhi hormon-hormon lain dalam tubuh termasuklah hormon androgen tadi. So, secara tak langsung, adalah juga kaitannya pemakanan kita tadi sebagai penyebab pertumbuhan jerawat. Seeloknya elakkan makanan yang berminyak dan pedas. Makanan pedas jika selalu diambil boleh mengaktifkan keradangan pada jerawat. Seafood juga tidak digalakkan bagi penghidap jerawat ni, sebab seafood mengandungi toksin yang tinggi dan menyebabkan usus kotor jesteru menjadi punca timbulnya jerawat. Selain itu pemakanan yang sihat juga perlu diamalkan bagi menghasilkan kulit yang baik, we are what we eat right ??
Elak menyentuh jerawat kerana berpotensi bakteria jerawat merebak ke tempat lain
Masalah jangkitan bakteria
Terdapat bakteria yang dikenali dengan nama Propionibacterium acnes. Ini adalah salah satu bakteria yang biasa ditemui dalam sel kulit. Sumber makanannya ialah sebum dan sel-sel mati pada permukaan kulit. Orang yang mempunyai masalah jerawat biasanya mempunyai lebih banyak bakteria ini pada kulit mereka. Oleh itu, berhati-hati semasa menyentuh jerawat kerana ia boleh memindahkan bakteria ini ke bahagian yang lain pula. Anda juga perlu lebih peka dengan keadaan sekeliling yang akan menjadi punca jerawat, elakkan pakai tudung yang sama berulang kali dan juga basuh cadar dengan kerap. Jangan simpan sampai kepams k?
ps : Ni semua gambar 2 tahun lepas, gambar takda make up ada tapi freehair sebab dok update kt rumah je. Jadinya tak boleh tunjuk, 3 gambar last gambar latest.
Share kalau korang rasa manfaat
Ni kakput share punca jerawat, nanti kakput share pulak cara cure jerawat, dengan lebih mendalam kalau rajin. Tak janji k??? Dah, berubahlah. Menyalahkan product tak menjanjikan korang punya kulit pulih semula.
sumber: Puteri Nurfarahain