Pelakon, Ikmal Amry berkongsi bahawa suatu ketika dahulu dia merupakan peminat kepada aktres, Amyra Rosli.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Ikmal Amry Tegur Netizen Label Jefri Nichol ‘Red Flag’ – ‘Dia Sangat Rendah Diri, Soft Spoken’

Artikel Berkaitan: Ikmal Amry Minta Netizen Berhenti Bandingkan Dengan Jefri Nichol – ‘Aku Bapa Orang, Anak Masuk Tiga’

Ingin berlakon bersama

Menerusi satu hantaran di Threads, Ikmal, 31, mendedahkan bahawa dia pernah berusaha mendapatkan tiket acara Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) untuk bertemu pelakon itu secara dekat.

Katanya lagi, ketika awal penglibatannya dalam dunia lakonan, dia pernah memasang hasrat untuk berlakon bersama Amyra.

Dulu, saya hanyalah seorang peminat Amyra Rosli.

Saya gigih cari tiket ABPBH semata-mata nak berjumpa dengan dia secara berdepan.

Pada awal saya menjadi pelakon, saya sudah manifest untuk berlakon bersamanya.

Tapi, siapalah saya pada waktu itu.

Impian tercapai

Dalam pada itu, Ikmal melihat perjalanan tersebut sebagai bukti bahawa perancangan Allah adalah yang terbaik, apabila impiannya akhirnya menjadi kenyataan setelah dia digandingkan bersama aktres itu dalam drama ‘Khianat Yang Terpilih’.

Allah adalah sebaik-baik perancang.

Sekarang, dia pula yang panggil saya ‘Abang’ dalam drama.

Sumber: Threads