berita

‘Dunia Bukan Tempat Jadi Hamba Hiburan’ – Ustaz Ahmad Dusuki Kecewa Ramai Beratur Awal Untuk Konsert

August 19th, 2022 | by Hariz
Kini Trending

Pendakwah bebas Ustaz Ahmad Dusuki telah meluahkan rasa kecewa susulan laporan ada peminat yang sanggup beratur di luar Stadium Nasional Bukit Jalil bermula jam 5 pagi untuk konsert Billie Eilish.

‘Di sini tempat ujian’

Menerusi satu hantaran di halaman Facebook miliknya, Ustaz Ahmad Dusuk menegaskan bahawa dunia bukanlah tempat untuk manusia menghambakan diri kepada hiburan atau makhluk, bahkan sebenarnya tempat manusia diuji.

Bukan itu sahaja, pendakwah itu turut mempersoalkan sama ada ujian Covid-19 yang melanda baru-baru ini tidak cukup untuk memberi pengajaran penting kepada kita semua.

Di sini dunia bukan tempat menghambakan diri kepada hiburan atau makhluk! Di sini tempat ujian yg Allah jadikan untuk mendapat ganjaran akhirat, belum cukup lagikah ujian covid yg telah mematikan sejumlah 6 juta nyawa ini menjadi pengajaran penting kepada kita semua?

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata bersependapat dengan pendakwah berkenaan dan berharap agar golongan tertentu menerima teguran untuk menjauhkan diri daripada perkara yang melalaikan.

Sumber: Facebook Ustaz Ahmad Dusuki

SKIP THIS AD ×