berita

Duta Besar Umum 82 Rakyat Malaysia Di Wuhan Bebas Jangkitan Koronavirus, Seorang Pelajar Bakal Pulang

January 31st, 2020 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Duta Besar Malaysia ke China iaitu Raja Datuk Nushirwan Zainal Abidin memberitahu bahawa seramai 82 orang pelajar Malaysia dikenal pasti berada di Wuhan ketika ini.

Menerusi laporan Bernama, bilangan pelajar tersebut diperoleh ketika beliau menghubungi pelajar Malaysia yang berada di sana bagi tujuan meninjau perkembangan mereka. Tambahnya, kesemua mereka berada dalam keadaan yang tenang dan baik. Alhamdulillah!

Proses mendapatkan maklumat masih diteruskan

Menurut Raja Datuk Nushirwan Zainal Abidin, pihaknya akan mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai bilangan dan butiran rakyat Malaysia yang kini berada di Wuhan serta bandar-bandar lain di China. Tambahnya, kesemua mereka masih menetap di tempat tinggal masing-masing.

Setakat ini, kita telah mengenal pasti 82 rakyat Malaysia di Wuhan dan bandar-bandar sekitarnya yang dalam situasi ‘lockdown. Secara umumnya mereka dalam keadaan tenang dan baik, serta banyak membantu memberikan butiran rakyat Malaysia yang lain.

Di samping itu, satu talian khusus untuk memudahkan rakyat Malaysia berhubung dengan pejabat konsulat di Shanghai, Guangzhou, Kunming, Nanning, Xi’an dan Hong Kong turut disediakan. Kerajaan Malaysia juga turut meluahkan hasrat untuk membawa pulang rakyat Malaysia yang berada di Wuhan setelah mengadakan perbincangan dengan Kementerian Luar Malaysia. Rundingan bersama kerajaan China juga bakal dilakukan oleh Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dalam masa terdekat ini.

Bakal pulang ke Malaysia

Menerusi laporan Harian Metro, seorang pelajar Malaysia yang dikenali sebagai Nurul Atiqah Adanan selamat tiba di Beijing semalam dan bakal berlepas pulang ke Malaysia malam ini. Keluarga penuntut Universiti Shandong, China ini turut meluahkan rasa syukur sebaik sahaja mengetahui berita gembira ini.

Biarpun berisiko, yang penting Atiqah keluar dari wilayah berkenaan. Alhamdulillah anak saya dah selamat sampai di Beijing tengah hari tadi selepas bertolak dari Jinan yang mengambil masa dua jam. Atiqah beritahu dalam perjalanan dari Jinan ke Beijing, dia seorang saja penumpang dalam koc kelas pertama kereta api subway berkenaan.

Atiqah dijangka berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Daxing, Beijing ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 9.55 malam esok, penerbangan yang mengambil masa lapan jam. Paling penting Atiqah selamat sampai ke Kuala Lumpur, sekiranya dia perlu dikuarantin tidak apa, kami reda. Kami sekeluarga berharap perjalanan Atiqah akan dipermudahkan.

Menurut bapa kepada Nurul Atiqah iaitu Adanan Long, pada mulanya anaknya hendak menaiki kapal terbang ke Beijing. Namun, perancangan tersebut perlu ditukar ekoran lapangan terbang di Jinan, Shandong ditutup. Tambahnya, anaknya hanya mempunyai dua pilihan sama ada menaiki kereta api subway ataupun kereta api bawah tanah. Walau bagaimanapun, dia berharap anaknya itu selamat tiba nanti.

Sumber: Bernama & Harian Metro

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×