Semalam, pelakon dan pengacara jelita Dynas Mokhtar mendedahkan dia hampir hilang semua duit di dalam akaun peribadinya.
Artikel Berkaitan: Foto & Video Sekitar Majlis Akad Nikah Dynas Mokhtar.
‘Tidak mahu berhutang’
Menerusi hantaran di Instagram, Dynas atau nama sebenarnya Wan Intan Edrinas binti Wan Mokhtar memberitahu dia menyedari kehilangan duit ketika ingin membayar gaji pengurusnya.
Menurut Dynas, dia hanya mempunyai kad debit sahaja dan tidak mempunyai kad kredit kerana tidak mahu berhutang.
Saya hampir kehilangan semua duit saya. Beberapa hari lepas, selepas pulang dari penggambaran, saya balik rumah nak bayar gaji pengurus saya dan masa itu saya sedar hampir semua duit saya hilang.
Saya ada akaun semasa, saya ada debit kad saja. Saya tak pernah ada kredit kad, saya ingat guna debit kad selamat sebab tiada hutang.
Pelakon berusia 40 tahun itu memberitahu apabila dia menyemak penyata akaun banknya, dia mendapati ada transaksi wang menggunakan nilai mata wang asing.
Tambahnya lagi, dia sudah membuat laporan polis dan perkara ini masih lagi di dalam siasatan.
Dalam pada itu, Dynas meminta agar orang ramai mendoakan semoga dia mendapat duitnya semula.
Pelakon drama ‘Syurga Itu Bukan Mudah’ turut memberi peringatan kepada orang ramai untuk lebih berhati-hati dalam penggunaan kad debit supaya tidak terjadi sepertinya.
Saya semak penyata akaun dan ada transaksi daripada nilai mata wang asing dan pelik. Saya tak boleh dedah banyak sangat sebab dalam penyiasatan.
Saya dah buat laporan polis dan ramai orang tolong saya. Doakan saya dapat duit saya balik.
Nombor kad debit pun kena berhati-hati, jangan letak duit banyak sangat dalam bank yang ada kad, simpan tempat yang lebih selamat.
Sumber: Instagram