Gaya hidup terkini yang sentiasa pantas dan cepat sudah semestinya setiap individu memerlukan pelurus rambut Airstrait keluaran Dyson kerana ia hadir dengan aliran udara yang memfokuskan serentak untuk mengering dan meluruskan rambut serta memberikan kemasan rambut yang menawan.
Tanpa plat panas atau kerosakan haba
Menurut Pengasas dan Ketua Jurutera Dyson, James Dyson, produk terbaharu mereka ini adalah hasil kepakaran dan pengalaman mereka sejak sekian lama di dalam pembuatan pelurus rambut.
Ia sudah semestinya membantu mereka dalam menghasilkan sebuah lagi pelurus rambut yang mampu bersaing di dalam pasaran.
Mempunyai pemahaman yang kukuh tentang cara memanipulasi dan menyedari tentang potensi aliran udara adalah asas kepada prestasi pelurus Dyson Airstrait ini.
Kepakaran yang telah kami perolehi sejak 25 tahun yang lalu telah membolehkan kami menghasilkan pelurus basah ke kering pertama kami, tanpa plat panas dan tiada kerosakan haba.
Kami menyediakan kemudahan pelurus rambut yang disukai ramai dengan bilah udara berkelajuan tinggi, menjimatkan masa, mengekalkan kekuatan rambut dan anda dapat memiliki gaya rambut lurus semula jadi setiap hari.
Dalam pada itu, aliran udara yang dibentuk mampu menyelaraskan setiap helaian rambut sehingga menjadikannya lebih halus dan berkilau.
Dengan menggunakan tahap haba optimum dan aliran udara terkawal, Dyson telah menemui cara untuk menggayakan rambut tanpa memberi kesan kerosakan yang ketara pada rambut.
Pelurus Dyson Airstrait dikuasakan oleh motor Hyperdymium yang direka khas untuk menjadi nadi teknologi penjagaan rambut Dyson.
Ia hadir dengan 13 bilah yang berputar sehingga 106,000rpm, mendorong lebih 11.9 liter udara melalui pelurus rambut ini dalam masa sesaat. Sementara itu, ia menjana sehingga 3.5kPa tekanan udara, cukup untuk meluruskan rambut semasa ia kering. Pelurus rambut Dyson Airstrait direka dengan 27mm motor yang kecil untuk dimuatkan pada pemegang.
Bukan itu sahaja, ia kecil, ringan dan cukup kuat untuk menjana aliran udara yang diperlukan untuk mengeringkan dan meluruskan rambut secara serentak.
Dua mod penggayaan
Seperti rangkaian penjagaan rambut Dyson yang lain, pelurus Dyson Airstrait ini menampilkan kawalan haba pintar. Termistor manik kaca mengukur suhu aliran udara sehingga 16 kali sesaat untuk mengelakkan kerosakan haba dan melindungi kilauan semula jadi rambut.
Pelurus Dyson Airstrait mempunyai mod penggayaan ‘Wet’ dan ‘Dry’, serta mod ‘Cool’ untuk menetapkan gaya. Mod ‘Wet’ dan ‘Dry’ adalah mod yang dipra set dengan gabungan haba dan aliran udara khusus untuk hasil terbaik.
Untuk kawalan aliran udara, terdapat dua tetapan kelajuan iaitu aliran rendah dan aliran tinggi, serta mod sejuk dan mengeringkan sehingga ke akar rambut.
Sekadar info, bagi anda yang berminat untuk memiliki pelurus rambut Dyson Airstrait ini, ianya akan dikeluarkan di beberapa tempat terpilih di seluruh dunia. Untuk maklumat lanjut, nantikan makluman daripada Dyson Malaysia di Instagram, Facebook dan di www.dyson.my.