Jenama teknologi terkenal, Dyson terbaru memperkenalkan Dyson V12s Detect Slim Submarine™ yang hadir dengan penyelesaian pembersihan pelbagai fungsi untuk membersihkan habuk, tumpahan dan kotoran,
Ianya dikategorikan sebagai sebuah vakuan tanpa wayar ‘semua-dalam-satu’ yang pertama dihasilkan Dyson bagi kegunaan basah dan kering.
Pelancaran vakum tanpa wayar basah dan kering semua-dalam-satu kami yang pertama adalah tanda komitmen Dyson untuk menambah baik kehidupan seharian sekaligus mencipta rumah yang lebih bersih dan sihat. – Charlie Park, Naib Presiden R&D Penjagaan Lantai di Dyson,
Ini 6 sebab kenapa korang wajib ada Dyson V12s Detect Slim™ Submarine™ dekat rumah!
1. Dilengkapi wet roller head
Dyson V12s Detect Slim Submarine™ Wet Roller Head direka dengan kebolehan untuk menyalurkan jumlah air yang tepat bagi menghilangkan tumpahan, kesan keras dan serpihan kering kecil seperti serbuk makanan dengan berkesan.
Jurutera Dyson mencipta eight-point hydration system, menggunakan ruang bertekanan untuk pengagihan air yang sekata.
Lapan jet air memenuhi ruang roller melepaskan 18ml air dikeluarkan dalam setiap minit bagi mencuci lantai secara sekata tanpa meninggalkan kesan basah berlebihan.
2. Mampu membersihkan semua jenis lantai
3. Sesuai untuk permaidani & permukaan lembut
Selalu stress pasal bulu haiwan dan rambut gugur pada karpet? Jangan risau lagi sebab Dyson V12s Detect Slim Submarine™ menggunakan hair screw tool dengan anti-tangle technology membolehkan rambut dan bulu haiwan dibersihkan dalam masa beberapa saat sahaja.
Hair screw tool ini mampu memberikan pembersihan yang mendalam dan berupaya mengeluarkan habuk dari kawasan yang biasanya tidak kelihatan seperti tilam atau sofa.
4. Ada Piezo sensor
Ini, ciri favourite min! Dyson V12s Detect Slim Submarine™mempunyai built-in piezo sensor untuk mengira bilangan zarah habuk yang disedut. Kuasa sedutan bakal dilaraskan secara automatik mengikut tahap habuk yang dikesan.
5. Kuasa sedutan sehingga 150 air watts
Hyperdymium motor™ pada Dyson V12s Detect Slim Submarine™ memberikan kuasa sedutan sehingga 150 air watts.
Selepas mengvakum dan apabila wet roller head disambungkan, secara automatik kuasa daripada motor Hyperdymium motor™ bakal dialihkan bagi menghentikan sedutan.
Ia bertujuan menghalang air daripada memasuki motor dan memastikan air serta serpihan yang tercemar dikumpulkan dengan baik di dalam bin pada wet roller head
6. Menapis 99.99% zarah kecil demi udara yang lebih bersih
Sistem penapisan HEPA Dyson berupaya untuk menapis 99.99% zarah sekecil 0.1 mikron, ia secara tidak langsung membantu menghasilkan udara yang lebih bersih pada ruangan rumah korang.
Bukan itu sahaja, Dyson juga mempunyai teknologi cyclone khusus bagi mengasingkan habuk dan kotoran daripada lantai serta permukaan yang dijamin tidak akan bocor dan mengotorkan semula persekitaran rumah.
Boleh didapati pada harga bermula RM4,499
Dyson V12s Detect Slim Submarine™ boleh dibeli melalui laman web rasmi Dyson di SINI ataupun terus berkunjung ke mana-mana pusat jualan Dyson.
Ia boleh didapati pada harga bermula RM4,499 sehingga 4,899. Namun, istimewa untuk korang yang nak trade-in model lama vakum Dyson, korang boleh membeli Dyson V12s Detect Slim Submarine™ pada harga serendah RM3,999 sahaja!*
Untuk sebarang maklumat lanjut korang boleh ikuti Instagram rasmi Dyson di SINI.
*Tertakluk kepada terma dan syarat