berita

E! News Edisi Malaysia Kini Di Media Prima, Papar Kandungan Lebih Fresh & Menarik!

March 19th, 2019 | by Shafika
Kini Trending

Siapa kat sini pernah layan saluran hiburan antarabangsa E! News? Buat pengetahuan semua, saluran ini telah melahirkan beberapa versi antarabangsa, termasuk E! News Asia, yang diperkenalkan pada tahun 2010.

Untuk kali ini, Media Prima Television Networks pula melancarkan versi sendiri yang dipanggil E! Media Prima TV Networks dengan kerjasama jenama hiburan antarabangsa itu sendiri. Versi Malaysia ini akan lebih memfokuskan kepada kandungan tempatan yang sesuai buat penonton dalam kalangan generasi muda.

Disiarkan di Youtube

Bagaimanapun, edisi E Malaysia! ini tidak seperti program televisyen yang lain kerana ianya akan disiarkan di laman YouTube sebanyak 12 episod dengan jangka masa singkat selama 10 minit.

Saluran E! Media Prima TV Networks  turut memaparkan kandungan hiburan, gaya hidup dan fesyen antarabangsa. Episod baru akan dimuat naik ke saluran YouTube rasmi TV3, manakala versi ringkas setiap dua episod akan disiarkan di TV3 sendiri.

Untuk menarik minat individu suka online

Menurut Pengarah Jualan dan Strategi Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Nini Yusof, kerjasama dengan E! dibuat bagi memberi pembaharuan dan elemen segar kepada saluran digital, YouTube TV3 Malaysia. Program baru ini juga merupakan sebahagian daripada matlamat syarikat untuk menarik minat individu yang suka menonton TV, pelayar digital dan masyarakat yang menggemari kedua-dua saluran.

Tambahan, saluran ini hanya disiarkan selama 10 minit di YouTube dan dua minit di TV3 kerana ada kandungan yang tidak sesuai disiarkan di TV. Di majlis pelancaran E! Media Prima TV Networks, Johan Ishak turut akui siaran dua minit di TV lebih kepada menepati piawaian Lembaga Penapisan Filem (LPF) berbanding platform digital.

Lebih 60 peratus kandungan tempatan

Pada masa kini program E! News luar negara ini telah dihoskan oleh Giuliana Rancic dan Jason Kennedy E. Untuk edisi khas E Malaysia!, Media Prima telah memperkenalkan muka baru sebagai pengacara program ini iaitu personaliti tempatan Aaron Al Fateh dari The Feel Good Show ntv7, Chrystina Ng dari stesen radio One FM dan 8TV, dan penyanyi Tasha Aleia.

Menurut Nini, pihak mereka turut akan membawa ramai pengacara jemputan bagi mewarnai program ini agar tampak menarik. Dari segi kandungan, sebanyak 60 peratus akan diperbaharui manakala selebihnya adalah kandungan asal saluran itu. Episod baru E! Media Prima TV Networks akan dikeluarkan setiap Isnin dan Khamis pada jam 9 malam bermula 18 Mac 2019.

Jom tengok apa menarik!

Selain itu, sebanyak 60 hingga 70 peratus daripada program itu akan melibatkan artis Malaysia, manakala yang lain akan memaparkan kemas kini terbaru dari Hollywood, Bollywood, Hong Kong, dan Korea Selatan.

Untuk musim pengenalan, E Media Prima TV Networks akan bersiaran dua kali seminggu iaitu pada Isnin dan Khamis. Jika korang ingin mengetahui apa yang lebih menarik, bolehla mula menonton baru episod baru setiap hari Isnin dan Khamis di saluran YouTube TV3.