Ternyata, pandemik covid-19 memberi kesan yang besar kepada kehidupan rakyat di Malaysia. Baru-baru ini, satu perkongsian yang dibuat oleh Tiffany Chang tular di media sosial tentang seorang wanita warga emas yang bekerja keras sebagai penghantar makanan. Wanita itu dipercayai hilang kerja semenjak awal Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Terkenal dengan sifatnya yang mulia dan pemurah, Ustaz Ebit Lew tampil bertemu Christine yang berkhidmat sebagai penghantar makanan di Kuala Lumpur untuk bertanya khabar.
Hilang kerja sejak awal PKP
Foto: Ebit Lew
Ramai warga netizen tertanya-tanya siapakan wanita itu dan apa yang menyebabkan beliau masih bekerja. Menurut Ebit Lew, wanita berbangsa Cina itu, Christine Ti, telah kehilangan kerja sebagai seorang penulis di salah sebuah syarikat majalah berbahasa Inggeris pada Mac lalu.
Dalam perkongsian yang dibuat oleh Ebit Lew di Facebook, dia turut menyatakan kisah hidup Christine yang sangat menyayat hati kerana kecekalan dan ketabahan beliau. Disebabkan pandemik Covid-19 ini, Christine Ti menghadapi kesukaran dan terpaksa bekerja sebagai penghantar makanan bagi menampung kehidupannya.
Dengar kisah hidupnya dapat rasa kecekalan dan tabahnya beliau. Kuat berusaha dan suka menolong orang. Tinggal berdua dengan adiknya. Mak baru meninggal dunia. Menangis Sebelum ini kerja writer english magazine. Pandai english. Hebat tulisannya. Semenjak awal pkp hilang kerja. Mula kerja food panda guna kereta kancil lama.
Bantu baiki kereta
Foto: Ebit Lew
Ebit Lew turut membantu membaiki kereta kancil Christine yang sudah lama. Menurutnya, kereta itu sudah lama digunakan olehnya untuk melakukan penghantaran makanan.
Saya tolong repair kereta kancil auntie. Sudah dekat 25 tahun kancil ini. Gantikan tayar baru dan service. Beri sedikit duit belanja. Dan nanti nak tengok rumahnya dengarnya dah bocor dan ada kerosakan.
Beliau membantu dengan menggantikan tayar baharu dan servis kereta itu agar tiada masalah untuk memudahkan urusannya sebagai penghantar makanan.
Christine turut menyatakan ketika berjumpa dengan Ebit Lew bahawa beliau seronok kerja sebagai penghantar makanan kerana tiada politik kerja.
Akan melawat rumahnya
Foto: Ebit Lew
Dalam perkongsian tersebut, Ustaz Ebit Lew turut memberikan sedikit wang belanja bagi wanita tersebut. Beliau turut berkata akan mengunjungi kediaman warga emas tersebut untuk membantu atap yang bocor seperti diceritakan. Christine hanya tinggal berdua dengan adiknya, manakala ibunya baru sahaja meninggal dunia.
Netizen turut membanjiri ruangan komen di perkongsian Ebit Lew itu dengan pujian atas tindakan mulia pendakwah itu yang memberi pertolongan kepada sesiapa sahaja.
Sumber: Ebit Lew.