Sejak beberapa hari lalu, nama pendakwah bebas Ebit Lew menjadi bualan hangat netizen di media sosial selepas tindakannya membantu seorang ibu tunggal, Mondy yang berasal dari Indonesia.
Buat tatu sendiri?
Tindakan Ebit Lew yang membawa masuk Mondy ke Malaysia juga seakan kurang disenangi netizen lebih-lebih lagi apabila ada yang mendakwa bahawa Mondy sebenarnya seorang model dan TikToker yang mempunyai ramai pengikut di media sosial dan bukannya gelandangan seperti yang didakwa.
Netizen turut mempersoalkan bagaimana Mondy membuat tatu di seluruh tubuhnya termasuk memakai pendakap gigi jika dia tidak memiliki wang.
Menerusi siaran langsung di TikTok, Mondy menjawab bahawa pendakap gigi yang dipakainya adalah yang palsu dan hanya berharga RM15 sahaja. Ujar Ebit Lew, tatu yang ada pada badan Mondy juga dibuat oleh wanita itu sendiri.
Terbaharu, menerusi perkongsian di Instagram, Caprice mendedahkan satu video menunjukkan Mondy membuat tatu di wajahnya dengan menggunakan khidmat orang luar. Menjengah ke ruangan komen, kebanyakan netizen mempersoalkan penjelasan Ebit Lew dan Mondy yang bercanggah dengan video tersebut.
Video
View this post on Instagram
Sumber: Instagram Caprice