

Pelakon, Edika Yusof mengakui terkejut dengan tindakan isterinya, Nor Hidayah yang memfailkan cerai terhadapnya tanpa melakukan sebarang perbincangan bersama terlebih dahulu.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Isteri Edika Yusof Tinggal Bersama Anak, Berlapang Dada Dengan Segala Ujian – ‘Saya Tak Kuat Tapi Pernah Kuat’
Artikel Berkaitan: Isteri Fail Cerai? Edika Yusof Kekal Tenang – ‘Nothing Serious, Insya-Allah Kami Cuba Bincang’
Terkejut minta cerai

Edika, 58, berkata, dia reda sekiranya ikatan perkahwinan dibina selama 22 tahun terlerai.
Saya terperanjat sebenarnya. Saya cakap, kenapa kita tak berbincang dulu. Kalau ada kes sampai macam ini, kira final.
Kalau dia rasa dia akan gembira dengan melepaskan saya, saya tak boleh buat apa. Sebab saya cuba menyelamatkan tapi dia yang nak. Jadi saya terpaksa berkorban la juga.
Edika berkongsi perkara itu menerusi temu bual yang dimuat naik di TikTok Nona.
Dalam pada itu, Edika berkata, dia sudah berusaha memberikan yang terbaik sepanjang menjadi suami dan menjaga isterinya yang tidak boleh berjalan sejak 19 tahun lalu.
Apa yang saya boleh buat, saya cuba. Umur saya dah 58 tahun. Saya dah berkahwin dengan isteri saya lebih 22 tahun. Saya jaga dia dalam 19 tahun.
Jadi bila waktu sekarang baru nak ‘offer’ benda itu (perpisahan), saya rasa sudah terlambat. Saya tak ada fikir sangat tapi jodoh di tangan Allah.
Tapi kalaulah dia fikir macam itu, dia patut beritahu saya awal-awal. Yela sebab saya tak ada pun minta benda (berpisah) macam itu. Sebab apa yang saya buat dah jadi rutin.
Saya pun tak complain. Saya pun tak suka tunjuk dekat luar apa yang saya buat. Kita dua saja yang tahu apa yang berlaku dalam rumah tangga kita.
Dalam pada itu, Edika yang menyambut ulang tahun kelahiran pada hari ini menyifatkan prosiding perceraian yang bakal berlangsung esok sebagai hadiah untuknya.
22 April hari jadi saya, 23 kes mahkamah kami, mungkin itu hadiah hari jadi saya.
Pada Mac lalu, Nor Hidayah memfailkan perceraian terhadap Edika di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Untuk rekod, pasangan ini mendirikan rumah tangga pada tahun 2003 dan dikurniakan sepasang cahaya mata. Manakala Hidayah memiliki seorang anak lelaki hasil perkahwinan terdahulu.
Sumber: TikTok








