berita

Edit Foto Mengaibkan Dr Noor Hisham, Polis Buka Kertas Siasatan

October 8th, 2020 | by Shahira
Kini Trending

Umum mengetahui Datuk Dr Noor Hisham sedang menjalani kuarantin diri di rumahnya. Walaupun berada dalam tempoh kuarantin, beliau masih menjalankan tanggungjawabnya sebagai Ketua Pengarah Kesihatan dengan mengadakan sidang media Covid-19 secara atas talian.

Tetapi baru-baru ini lain pula yang jadinya apabila terdapat segelintir pihak telah menjadikan situasi Dr Noor Hisham sebagai bahan jenaka sehingga mereka tergamak menyunting gambar beliau memakai pakaian separuh badan.

Edit foto Dr Noor Hisham

Foto yang dianggap ‘lucu’ itu telah dimuatnaik oleh salah seorang pengendali laman Facebook MGAG dengan menulis kapsyen ‘Work from home vibes’. Dalam foto yang telah disunting itu memperlihatkan Datuk Dr Noor Hisham yang lengkap memakai kot dan kemeja tetapi tidak berseluar duduk di atas kerusi seakan sedang memberi laporan mengenai perkembangan Covid-19 di Malaysia.

Perkongsian itu telah mendapat pelbagai kritikan daripada netizen. Oleh hal yang demikian, posting itu telah dipadam dari laman Facebook dan penyunting foto berkenaan telah tampil membuat permohonan maaf selain mendakwa ianya sekadar bahan gurauan.

Kertas siasatan dibuka

Susulan daripada tindakan itu, Harian Metro melaporkan bahawa pihak polis telah membuka kertas siasatan terhadap pemilik akaun Facebook MGAG selain mereka perlu bertanggungjawab atas kesalahan dan tindakan tidak bermoral yang dilakukan itu.

Menurut Timbalan Pengarah (Siasatan dan Perundangan) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman iaitu Deputi Komisioner Mior Faridalathrash Wahid, satu laporan mengenai tindakan mengaibkan Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia telah dibuat di Senawang. Oleh itu, kertas siasatan sudah dibuka mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi 1998.

Sumber: Harian Metro

SKIP THIS AD ×