berita

‘Edit’ Kapsyen Di Instagram, Isteri Haqiem Rusli Teruk Dikecam Netizen

September 14th, 2023 | by Amirul Ilyasha
Kini Trending

Isteri Haqiem Rusli Dikecam

Foto: Harian Metro

Isteri kepada penyanyi Haqiem Rusli iaitu Anis Sofea menerima kecaman teruk dari wargamaya selepas memuat naik gambar bersama seorang rakannya di Instagram (IG).

Artikel Berkaitan: ‘Kita Bagi Anis Masa, Saya Tidak Mahu Memaksa’ – Haqiem Rusli

Artikel Berkaitan: Isteri Haqiem Rusli Tayang Rambut, Padam Gambar Bertudung Di Instagram

‘Sebab boleh dik’

Isteri Haqiem Rusli Dikecam

Menerusi hantaran tersebut, Anis memuat naik dua gambar iaitu ketika dia dan rakannya masih bertudung serta sudah ‘free hair.’

Difahamkan kapsyen asal ditulis Anis pada hantaran tersebut yang menyatakan ‘Sebab boleh dik’ telah menimbulkan kecaman netizen kepadanya.

Sedar akan kesilapannya itu, Anis dilihat menukar kapsyen asal tersebut kepada ‘2005-2023’.

Namun sayang, perbuatannya agak terlambat apabila ramai netizen sudah melihat kapsyen asalnya lalu meninggalkan pelbagai respon di ruangan komen.

Respon netizen

Isteri Haqiem Rusli Dikecam

Isteri Haqiem Rusli Dikecam

Isteri Haqiem Rusli Dikecam

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mengecam tindakan Anis yang menulis kapsyen seperti itu dan menganggap isteri kepada Haqiem Rusli itu seakan mempersendakan agama.

Mereka juga mengingatkan Anis mengenai kepentingan menutup aurat sebagai seorang yang bergelar muslim.

Posting IG

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ???? ????? (@anissofeaaz)

Sumber: Instagram

SKIP THIS AD ×