berita

‘Eh, Apa Bau Busuk Sangat Ini?’ – Doktor Terkejut Operate Perut Pesakit, Bila Diperiksa Rupa-Rupanya..

December 30th, 2020 | by Shafika
Kini Trending

Seorang doktor kongsi kisah seorang pesakit berusia 40 tahun yang mengalami masalah usus rosak sehinggakan terpaksa dibuang. Pada awalnya pesakit mengadu sakit perut sejak sebulan lalu, dan doktor menyangkakan pesakit hadapi masalah apendiks. Namun selepas diperiksa, doktor terkejut melihat usus bau busuk seperti bangkai.

Ingatkan apendiks pecah

Alkisah… Pakcik ni datang dgn sakit perut. Umur 40 tahun. Perut terik sangat. Tak payah tekan, sentuh sikit je dah menggelupur. Dia kata, sebelum ni rasa tak selesa ja. Dah sebulan rasa tak selesa.

Hari ni yang sakit sangat. So, daripada ED terus tolak masuk OT. Mula2 ingatkan perforated appendix, ( Appendix pecah) Bila bukak je perut, astaghfirullahalazim….bau dia ,macam bangkai.

Menurut doktor tersebut, air najis dari perut tersebut mengalir ke katil menyebabkan bau busuk sehingga ke ruang hadapan hospital. Apabila diperiksa rupa-rupanya usus rosak sepanjang 10 meter. Usus tersebut terpaksa dibuang sehingga berhampiran bahagian dubur dan dijahit hanya tutup lubang sahaja.

Punca kuat merokok

Semua dah tak boleh pakai. Terpaksa buat stoma beg. (Lubang kat perut utk keluar najis). Kekal. Orangnya muda lagi. Takde penyakit apa2. Badan fit molek. Satu je masalah dia. Active smoker. Sehari sekotak. So kita syak, masalah ni berpunca dari thrombosis.

Aku tak dapat bayangkan macamana penerimaan bila dia bangun nanti. P/s..ni gamba usus besar..yang satu lagi yang panjang sedepa, dah masuk dalam baldi.

Doktor terpaksa membuang 2/3 usus sehingga di bahagian dubur memandangkan usus tersebut rosak. Walaupun pesakit itu masih muda dan tiada sebarang penyakit namun apabila diperiksa rupa-rupanya pesakit seorang yang kuat merokok. Bayangkan sehari sekotak rokok dihisap menyebabkan darahnya menjadi pekat. Saluran darah tersumbat dan rosak seperti daging busuk.

Sumber : Kauthar Hassan

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×