Personaliti media sosial, Hazeman Huzair mengakui sikap pemurah dan suka berkongsi rezeki menjadi asbab kepada kelancaran urusan hidup seseorang.

Artikel Berkaitan: Hazeman Huzair Yakin Naz Rahman & Sissy Imann Ada Pesona Tersendiri Kendali AJL39 – ‘Setiap Pengacara Ada Cara Masing-Masing’

Artikel Berkaitan: ‘Tak Sangka Pada Usia 63 Tahun Saya Masih Boleh Solat Dengan Lancar’ – Aznil Nawawi

Selalu belanja orang makan

Menerusi satu hantaran di Threads, Hazeman mendedahkan rahsia murah rezekinya iaitu dengan membelanja orang makan secara konsisten.

Menurut Hazeman, amalan mulia tersebut mula dipraktikkannya selepas melihat keperibadian pengacara tersohor, Datuk Aznil Haji Nawawi atau lebih mesra disapa Pak Nil.

Nak murah rezeki, aku ikut cara Pak Nil: Sentiasa belanja orang makan. Sentiasa.

Dulu kerja dengan Pak Nil, waktu makan dia akan bayar satu meja setiap masa.

Pada mulanya, Hazeman menyangka amalan Pak Nil itu hanyalah kerana dia seorang yang kaya, namun kini setelah mempunyai kakitangan sendiri, Hazeman menyedari ada ‘keajaiban’ di sebalik sikap pemurah tersebut.

Sekarang bila aku dah ada staff sendiri, aku buat benda yang sama. Sebab Pak Nil buat, aku pun buat. 

Hazeman mengakui bahawa selain usaha keras, amalan belanja orang makan menjadi salah satu punca rezekinya sentiasa dipermudahkan setiap hari.

Saya tak sangka, itu salah satu sebab rezeki hari ini dilancarkan. Selain daripada usaha keras.

Terima kasih Pak Nil atas pengajaran hidup ini.

Sumber: Threads Hazeman Huzair