berita

‘Eh? Nape Sebiji Daddy Ni..’ – Rita Rudaini Throwback Saat Melahirkan Anak Sulung

July 9th, 2020 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Pelakon jelita, Rita Rudaini memberi ucapan istimewa buat anak sulungnya iaitu Airit Rayyan Rizqin sempena ulang tahun kelahirannya yang ke-11 baru-baru ini.

Menerusi perkongsian di Instagram, Rita mengimbau kembali saat melahirkan anak lelaki sulungya ini. Rata-rata peminat turut tersentuh dan kebahagian buat mereka bertiga.

Bila dia lahir semua orang happy

Buah hati pertama, sentimental value, bila dia lahir semua orang happy macam sambut menang peperangan mommy, daddy, maktok, tokwan, pak long, pak su dan famiy, kak wanie, aunty sis. Semua tunggu dia lahir, dah dalam labour room tiba-tiba teringin nak makan cheese cake dan coffee cbtl. Dah daddynya turun beli. Makan memang tak ingat dunia macam lupa nak beranak. Tengah hari dia nak keluar tapi tak boleh sebab mommy tak pandai. 1st time kan dah terbelit tali pusat, doktor kena forceps. Tapi tak boleh juga. Last sekali vacum la. Keluar saja ‘eh? Nape sebiji daddy ni.

Okay lah tak kisah anak kami juga. Alhamdulillah, masa kecil susah nak senyum, pendiam tapi fokus dengan apa yang dia buat. Anak yang banyak tengok susah senang mommy. Air mata mommy. Anak yang banyak belajar dari kesusahan mommy. Anak yang banyak faham perasaan mommy. Anak yang membesar dengan seribu satu kisah kami. Tak sangka anak ini ‘dipilih’ untuk jadi ketua keluarga kami. Airit Rayyan Rizqin, moga akhlakmu seindah syurga. Besar nanti protect mommy dengan adik ya. Jangan main-main, saya ada dua anak lelaki yang strong dan kecil lagi.

Menurut Rita, semua ahli keluarga tidak sabar menanti kehadiran Rayyan sewaktu dia hendak bersalin. Tambahnya, pelbagai cabaran terpaksa dilalui sebelum dan semasa melahirkan anak sulungnya itu. Ujar Rita lagi, anaknya seorag yang pendiam dan fokus dengan apa yang dia lakukan.

Sedih pula baca

Sumber: Rita Rudaini

SKIP THIS AD ×