Pelakon Puteri Sarah meluahkan rasa bengang di media sosial apabila dirinya dan pelakon Bella Astillah digelar geng ‘secondhand’ oleh seorang individu.
Artikel berkaitan: Puteri Sarah Dapat Rasa Bella Astillah Pendam Masalah, Pesan Fokus Pada Anak-Anak
Artikel berkaitan: ’11 Kali Jumpa Dekat Brunei Tapi Kali Ke-12 Baru Nak Selfie’ – Puteri Sarah Liyana
Dilabel geng ‘secondhand’
Menerusi perkongsian di X, individu tersebut meninggalkan komen berbaur hinaan di sebuah video Sarah di Instagram yang melakukan trend ‘Alamak Raya’ bersama Bella dengan melabel mereka geng barangan terpakai.
Geng secondhand ke ni?
Tidak berdiam diri, Sarah bertindak ‘screenshot’ komen tersebut dan mendedahkan individu yang berkata demikian.
Ni lah nama Instagram dia – smafiq. Kemain kau komen hina aku dan Bella Astillah. Kat sini (X) pengecut pulak.
Sebenarnya banyak je jantan sakit mental penuh dekat komen Instagram tu tapi yang dia ni tak berhenti-henti. @afiqazni kenapa block aku?
Individu berkenaan dipercayai berkali-kali meninggalkan komen berbaur hinaan terhadap mereka sehingga Sarah terpaksa mendedahkan identitinya di X.
Sumber: X