berita

Eira Syazira Hamil Anak Kembar Ke?

November 1st, 2012 | by Ai
Kini Trending

Minggu lalu pihak OHBULAN! telah memaparkan beberapa foto artis mengandung dan menerusi paparan tersebut, ramai yang menyangka dramatis terkenal Eira Syazira bakal melahirkan anak kembar.

Bagi mendapatkan kepastian berhubung perkara tersebut, pihak OHBULAN! telah menghubungi Eira Syazira dan mendapatkan kenyataan daripadanya.

“Semua orang cakap perut Eira besar. Mungkin ikut baka belah Azad kot. Sebab mak mertua Eira ada cakap, masa dia mengandungkan Azad dulu perut dia pun besar. Lagipun baka belah ayah Azad memang ada keturunan Serani.”

“Eira dah buat scan dan doktor tak cakap pun kandungan Eira kembar. Tapi tak tahulah kuasa Allah tiba-tiba dapat kembar pulak.”

“Eira tak tahu jantina anak ni lelaki ke perempuan. Keluarga Eira pun tak nak tahu sebab mereka nak rasa ‘surprise’ sikit,” ujar Eira sambil tergelak kecil.

Menurut Eira Syazira, sepanjang tempoh pantang dirinya akan berada disamping keluarga dan akan berehat sepenuhnya.

“Sekarang ni Eira hanya buat persediaan asas seperti beli lampin dan baju. Untuk baju baby Eira dan Azad banyak beli warna-warna selamat seperti biru dan putih.”

“Mungkin dalam pantang nanti Eira akan duduk dengan mak Eira di Putrajaya dan mak mertua akan datang sana. Lepas habis tempoh pantang baru Eira akan balik rumah sendiri dan masa tu baru tentukan nak buat bilik baby macam mana.”

Meskipun kini kandungan Eira sedang mencecah 7 bulan, dramatis ini masih lagi rajin menyediakan makanan untuk suaminya dan akui dia sendiri tidak gemar makan masakan luar.

“Rutin harian Eira masih lagi sama. Hari-hari Eira masak untuk suami Eira sebab lepas habis penggambaran dia akan balik rumah untuk makan. Eira pun tak suka makan kat luar. Sebab tu Eira suka masak sendiri.”

“Bila dah sarat macam ni, mak mertua Eira rajin datang rumah dan kadang-kadang dia tolong masak. Macam baru ni dia ada datang dan baru je balik Pulau Pinang. Nanti dalam 7 atau 8 November dia akan datang lagi.”

Melihat kandungan yang semakin membesar, timbul juga persoalan adakah kondisi pelakon ini berada dalam keadaan sihat dan segalanya berjalan dengan lancar?

Lantas pelakon ini menjawab, “Semuanya berada dalam keadaan baik. Walaupun tengah sarat Eira tidak mahu manjakan sangat diri ni.”

“Orang tua-tua pun ada pesan tak elok banyak tidur dan kena selalu berjalan supaya senang nak beranak nanti. Jadi, Eira ikut nasihat tersebut,” ujar Eira yang teruja dengan kandungan pertamanya.