
Pelakon dan penyanyi, Eira Syazira, tidak menafikan membesarkan anak-anak, khususnya puteri sulungnya Amarra Sofea Rose, yang kini meniti alam remaja mempunyai cabaran tersendiri.
Artikel Berkaitan: ‘Buat Apa Nak Ejek Orang Lain, Kulit Dia Pun Gelap’ – Eira Syazira
Cabaran besarkan Anak

Eira atau nama sebenarnya Syazira Suhaimi, 41, berkata dia mengambil pendekatan menjadikan anak-anak sebagai kawan agar mudah dalam berkomunikasi.
Sudah pasti ada cabaran dalam membesarkan anak terutama yang sulung, Amarra kini semakin meningkat remaja.
Amarra menjadi kebanggaan di sekolahnya. Dia pengawas dan dinobatkan sebagai olahragawati. Dia sangat aktif di sekolah. Dia juga wakil Malaysia dalam pertandingan ‘Wolrd of Dance’.
Saya dan suami sentiasa menasihati anak. Saya jadikan anak sebagai kawan kerana dunia sekarang penuh kerisauan. Saya beritahu anak zaman sekarang tidak sama seperti zaman saya membesar dahulu.
Eira berkongsi perkara tersebut ketika ditemui pada majlis pelancaran single terbaharunya berjudul Bawang Merah Bawang Putih, duet bersama penyanyi Indonesia, Nabila Maharini.
Bercerita lanjut, Eira turut menyifatkan suaminya, Azad Jasmin, sebagai seorang bapa yang tegas namun dalam masa sama penyayang terhadap anak-anak.
Suami saya di rumah sangat garang dan tegas dengan anak-anak. Biasalah macam bapa-bapa kita, bila kena tegur semua menangis. Tetapi suami saya seorang ayah yang sangat penyayang.
Sebagai ibu dan bapa, ini adalah proses dan kami perlu lalui fasa itu dalam membesarkan anak-anak. Saya dan suami sangat tekankan komunikasi.
Dalam perkembangan lain, Eira kini sibuk mempromosikan lagu Bawang Merah Bawang Putih, single pop ciptaan penuh Trisuaka dengan susunan muzik oleh Ardy Goliath.
Sekadar info, Eira dan Azad mendirikan rumah tangga pada 16 September 2011. Pasangan ini dikurniakan tiga cahaya mata perempuan, iaitu Amarra Sofea Rose, Ameisya Leann Rose dan Areisya Suri Rose.








