berita

Ejek Isteri Kekasih Tak Cantik, Janda Muda Ditemui Mati Diikat Dengan Kabel TV

July 13th, 2023 | by Alia
Kini Trending

Gambar sekadar hiasan

Seorang janda dibunuh oleh seorang pekerja binaan iaitu kekasihnya sendiri kerana wanita itu didakwa mengejek dan membandingkan kecantikkan dirinya dengan isteri lelaki tersebut.

Artikel Berkaitan: Ngeri! Wanita Dibunuh Dengan Mata Dicungkil, Lidah Dipotong & Alat Sulit Dicacatkan

Artikel Berkaitan: Lelaki Dakwa Syaitan Arah Bunuh Isteri, Makan Otak & Tengkorak Dijadikan Bekas Abu Rokok

Mangsa & suspek pasangan kekasih

Gambar sekadar hiasan

Memetik laporan Tribun News, mayat mangsa ditemui di rumah sewanya di Desa Bangunsari, Jawa Timur, Indonesia pada 5 Julai lalu.

Berdasarkan pengakuan suspek, dia bertindak membunuh mangsa yang berusia 24 tahun itu kerana dia sering dikutuk, dicaci selain wajah isterinya juga sering dipersendakan oleh mangsa.

Saya diejek bodoh kerana rupa isteri saya yang dikatakan tidak secantik wajahnya dia.

Menurut Timbalan Ketua Polis Madiun, Yulie Khrisna berkata suspek dan mangsa mengenali antara satu sama lain sejak Disember 2022 menerusi media sosial dan menjalinkan hubungan cinta.

Pada 3 Julai lalu kira-kira jam 10 pagi, suspek bertindak membunuh mangsa yang sedang berbaring sambil menggunakan telefon bimbit.

Suspek berusia 28 tahun itu kemudian bertindak mengambil dompet mangsa yang mengandungi kira-kira 5 juta Rupiah (RM1,550), dua telefon bimbit dan sebuah motosikal.

Penemuan mayat mangsa bermula setelah penduduk terhidu bau yang sangat busuk dari rumah sewa mangsa. Pintu rumah berjaya dibuka dan mayat ditemui dalam keadaan tangan dan kaki terikat.

Susulan itu, Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Madiun, Danang Eko Abrianto berkata hasil siasatan terhadap mayat mendapati mangsa disyaki telah meninggal dunia kira-kira 2 atau 3 hari sebelum ditemui.

Mangsa ditemui mati dalam keadaan tangan dan kaki terikat dengan tali kabel antena televisyen.

Sumber: Tribun News

SKIP THIS AD ×