Gambar sekadar hiasan
Seorang pengamal ritual ‘penyembah syaitan’ telah ditahan polis pada 2 Julai lalu kerana membunuh isterinya dengan kejam.
Artikel Berkaitan: Kejam! Suami Tergamak Curah Petrol Bakar Isteri & Anak-Anak Sampai Melecur 55%
Artikel Berkaitan: Bakar & Bunuh Isteri Akibat Cemburu, Lelaki Ini Menangis Depan Wartawan
Syaitan mengarahkannya
Gambar sekadar hiasan
Memetik laporan Mirror UK, suspek berusia 32 tahun iu dikenali sebagai Alvaro telah ditangkap oleh pihak polis di rumahnya di Puebla, Mexico atas tuduhan membunuh isterinya pada 29 Jun lalu.
Ketika disoal siasat, suspek memberitahu bahawa syaitan telah mengarahkannya untuk melakukan pembunuhan itu.
Alvaro yang berada di bawah pengaruh bahan terlarang ketika itu bertindak membuang sebahagian mayat isterinya, Maria Montserrat ke dalam gaung selepas mengerat mayat wanita tersebut dan memasukkannya ke dalam beg plastik.
Menurut sumber, suspek mengaku dia memakan sebahagian otak isterinya dengan taco dan menggunakan sebahagian daripada tengkorak mangsa sebagai bekas abu rokok.
Ibu mangsa berkata dua hari selepas pembunuhan itu suspek telah menghubungi salah seorang anak tirinya dan mengakui mencincang mayat wanita tersebut menggunakan parang, pahat serta tukul.
Dia memberitahu salah seorang anak perempuannya untuk datang menjemput ibunya kerana dia sudah membunuh dan memasukkannya ke dalam beg.
Dalam pada itu, ibu mangsa juga mendedahkan suspek pernah bertindak ganas dan melakukan gangguan seksual terhadap dua orang anak mereka.
Sementara itu, polis masih mencari cebisan mayat berusia 38 tahun tersebut dan akan melakukan ujian DNA untuk mengenalpasti identiti. Manakala pejabat pendakwa raya Puebla pula sedang menyiasat kes tersebut.
Sekadar info, Maria Montserrat berkahwin dengan Alvaro kurang setahun yang lalu. Sebelum mengahwini suspek, mangsa mempunyai lima anak perempuan, berumur dari 12 hingga 23 tahun.
Sumber: MirrorUK