berita

Ejen Ali The Movie Cipta Sejarah Bakal Ditayangkan Di 25 Pawagam Di Republik Uzbekistan

February 14th, 2022 | by Wan
Filem Tempatan

Primeworks Studios dan WAU Animation hari ini mengumumkan tayangan filem animasi pecah panggung Malaysia, EJEN ALI THE MOVIE di Republik Uzbekistan pada 15 Februari 2022. Buat julung kalinya, filem fenomena animasi Malaysia ini telah mencipta sejarah menjadi filem cereka pertama alih suara dan dilokalkan di Uzbekistan yang akan ditayangkan di lebih 25 pawagam di tujuh bandar di seluruh negara.

Alih suara bahasa Uzbek dan Rusia

Tayangan EJEN ALI THE MOVIE di pawagam Uzbekistan dimeterai dengan kerjasama AMEX MEDIA selaku rakan strategik di Commonwealth of Independent States (CIS) dan wilayah Rusia, juga dengan usahsama dengan World Pictures selaku pengedar filem tempatan di Uzbekistan. EJEN ALI THE MOVIE menjadi filem bukan tempatan yan pertama dialih suara ke bahasa Uzbek dan Rusia berbanding filem-filem asing sebelum ini yang hanya di alih suara ke bahasa Rusia.

Inisiatif ini menjadikan EJEN ALI THE MOVIE lebih mudah diakses oleh masyarakat dan penonton Uzbek, memandangkan kepadatan penduduknya melebihi 36 juta orang dan kurang daripada 30% yang hanya boleh bertutur dalam bahasa Rusia. Pada tahun 2020, AMEX MEDIA telah menyiarkan dua musim siri TV Ejen Ali dalam bahasa Rusia dan membawanya kepada penonton platform video atas permintaan (VOD) paling popular di CIS; IVI, OKKO, KION, WINK, MEGAFON, PREMIER.

Animasi popular

EJEN ALI kini menjadi salah satu daripada jenama animasi popular Asia yang telah berjaya meraih lebih dari 2 juta penonton di TV3 serta mempunyai lebih 3 juta pengikut di laman rasmi YouTube. Sejak tayangan pertama siri Ejen Ali di Malaysia pada tahun 2016, animasi ini telah menarik minat beberapa stesen media antarabangsa dan berjaya menembusi siaran di lebih 50 buah negara, termasuk di rangkaian Netflix, Disney+ Hotstar, Disney Asia, Nickelodeon India, MNCTV di Indonesia dan AlMajeed TV di Timur Tengah dan Afrika Utara. Filem fenomena animasi ini juga telah berjaya meraih kutipan RM30 juta (USD8 juta) dan menduduki carta teratas filem pecah panggung pada tahun 2019 dan platform on-demand di Malaysia, Singapura, Brunei dan Indonesia, menjadikannya filem animasi terlaris di Malaysia.

Layari YouTube rasmi Ejen Ali (www.youtube.com/ejenali), untuk melihat teaser trailer pertama Ejen Ali Musim 3. Pra-jualan untuk Ejen Ali Musim 3 kini boleh didapati di pelbagai platform dan beberapa wilayah di seluruh dunia. Untuk keterangan lanjut, sila hubungi wakil jualan pengedaran Primeworks Studios kami yang berdedikasi melalui e-mel di [email protected] .

Ejen Ali Misi: Juang, Ejen Ali The Movie dan Ejen Ali musim 1 and 2 boleh di strim sekarang di Disney+ Hotstar!

SKIP THIS AD ×