berita

‘Ejen Jijik!’ – Netizen Geram Kematian Allahyarham Abam Jadi ‘Modal’ Ejen Insurans

February 11th, 2020 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Memang tidak dapat dinafikan insurans sangat penting buat setiap individu sekiranya berlaku kejadiaan ataupun bencana yang tidak diingini. Namun, setiap individu mempunyai hak sendiri untuk membeli insurans ataupun tidak.

Umum mengetahui pelawak, Abam Bocey telah meninggal dunia semalam. Walaupun kesedihan pemergian Abam masih dirasai oleh keluarga, rakan-rakan dan peminat, beberapa orang ejen insurans didakwa mula mengambil kesempatan mempromosikan insurans mereka menggunakan nama dan kisah pemergian arwah Abam. Biadapnya!

Muda-muda dah meninggal

Sediakan payung sebelum hujan

Di Facebook, beberapa orang ejen insurans dikenal pasti dan dipercayai mengambil kesempatan menggunakan kisah pemergian arwah Abam dan namanya sebagai bahan pemasaran untuk menarik minat netizen yang lain supaya mengambil pakej insurans yang ditawarkan.

Menurut ejen insurans tersebut, netizen perlu sediakan payung sebelum hujan sekiranya terjadi apa-apa perkara yang tidak diingini misalnya, kematian. Jika mereka mengambil insurans, sekurang-kurangnya kehidupan keluarga mereka akan terjamin. Namun begitu, masih ada juga segelintir individu yang membantah dengan tindakan ejen-ejen tersebut dan meluahkan pandangan mereka mengenai sikap biadap ejen-ejen tersebut yang tidak menghormati perasaan keluarga arwah Abam.

Biadapnya kamu!

Antara luahan segelintir netizen yang menyifatkan perbuatan ejen insurans sangat biadap dan tidak menghormati perasaan keluarga arwah Abam.

Sumber: Facebook

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×