berita

Ekonomi Negara Dibina Kembali, Pastikan Setiap Sektor Diberi Bantuan

November 16th, 2022 | by Azyan
Kini Trending

Negara yang maju dan bergerak mengikut arus pembangunan semestinya mempunyai garis panduan yang jelas dan kepimpinan yang padu. Sama juga seperti Malaysia! 

Seperti yang kita boleh lihat, pihak kerajaan sedar akan keperluan untuk bekerja bersama rakyat dalam memulihkan isu kesihatan dan ekonomi. Oleh itu, usaha program Keluarga Malaysia ini dilaksanakan dengan bersepadu dan tekal.

Untuk merealisasikan Aspirasi Keluarga Malaysia ini, kerajaan telah menggariskan enam (6) teras. 

6 teras tersebut ialah:

1) Menstruktur Semula Ekonomi

2) Menjamin Keselamatan Dan Ketenteraman Negara

3)Meningkatkan Kesejahteraan Sosial

4) Mempertingkatkan Infrastruktur Menyeluruh

5) Memperkukuh Penyatuan Dalam Acuan Keluarga Malaysia, Dan 

6)Memperkasakan Penyampaian Perkhidmatan.

Teras ini menjadi tunjang kekuatan Aspirasi Keluarga Malaysia untuk memulihkan negara, khususnya daripada kelelahan kesan pandemik COVID-19.

Pelbagai inisiatif dijalankan demi menjaga kesejahteraan dan keharmonian rakyat

Merujuk kepada teras pertama, kerajaan berjaya mencapai sasaran dengan mengeluar serta memberikan pelbagai inisiatif yang boleh membantu negara agar lebih sejahtera dan harmoni. 

Berikut merupakan huraian teras tersebut: 

Sektor pembuatan & perkhidmatan

  • Mewujudkan 20,000 peluang pekerjaan melalui Program Galakan Pelaburan Strategik
  • Merancakkan pertumbuhan ekonomi dengan membuat pelaburan sebanyak RM50 bilion. Pelaburan tersebut termasuklah melabur kepada ekonomi digital.

Membantu Aliran Tunai Peniaga Kecil & Perusahaan PKS

Kementerian Kewangan melalui inisiatif Program Subsidi Upah telah menyalurkan sebanyak RM3.3 bilion bagi membantu aliran tunai peniaga kecil dan perusahaan, Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS). 

Bantuan ini memberikan manfaat kepada 189,000 majikan dan 1.9 juta pekerja.

Memperkasa Kebolehan Ekonomi Pemain Tempatan

Supaya keupayaan dan kepakaran ahli perniagaan tempatan dapat dipertingkatkan lagi ke persada antarabangsa, pembangunan kapasiti delegasi misi perdagangan dan pelaburan malaysia giat dijalankan.

Bagi memangkin pertumbuhan ekonomi, pembangunan ekosistem industri pemula “My-Start Up” yang komprehensif dilaksanakan. 

Ia juga adalah untuk memperkasa ekosistem penyelidikan, pembangunan, pengkomersialan dan inovasi ke arah pembangunan yang mampan.

Teras ini juga membantu untuk merancakkan pertumbuhan ekonomi dengan memberikan kemudahan dan sokongan kepada lebih 164,683  usahawan dan ahli koperasi.

Antara inisiatif yang telah dilakukan ialah: 

  • Pendedahan Fasiliti & Sokongan yang memanfaatkan 164, 683 Usahawan & Koperasi
  • Membudayakan Keusahawanan dengan kira-kira 1,113 Usahawan Baharu
  • Memantapkan Kapasiti Usahawan, Berdaya Saing & Inovasi yang melibatkan 10,898 Usahawan & Koperasi

Disamping itu, seramai 5,830 orang usahawan telah dibantu menerusi program dan pengisian bermanfaat termasuk Program Latihan Keusahawanan Mara dan Program Asnaf Berdikari.

Memperkasa Asnaf & Taraf Hidup

Tidak ketinggalan, para asnaf juga dapat menikmati faedah daripada inisiatif ini. Kerajaan mewujudkan Program Wakaf Perusahaan Kecil Sederhana (PKS) Halal dan juga Program Keusahawanan Asnaf.

Bagi memperkasakan ekonomi rakyat pula, kira-kira 10,000 pendaftaran diterima bagi Skim Pendaftaran Perniagaan Prihatin (SPPP) Usahawan B40 & Pelajar IPT Sepenuh Masa.

Sedar betapa pentingnya digitalisasi dalam dunia kini, kerajaan menawarkan program yang mampu untuk memberi pendedahan dan manfaat kepada 10 ribu perniagaan.

Malahan, sektor Agrikomoditi juga diperkasa melalui program yang berkaitan dengan mekanisasi,automasi dan pengkomersialan projek R&D.

Bukan itu sahaja, bagi meningkatkan produktiviti, seramai 2,500 petani mendapat manfaat daripada program SMART Sawah berskala besar. Daripada program ini, hasil dan mutu padi tempatan dapat ditingkatkan sekali gus memberi manfaat yang lebih kepada petani terbabit.

Bagi memastikan ekosistem pelancongan dan kebudayaan domestik ditingkatkan semula,kerajaan telah menyalurkan bantuan tunai kepada para penggiat industri bagi membantu mereka untuk bangkit semula selepas negara dilanda pandemik Covid-19.

Keluarga kita adalah tanggungjawab bersama. Kita tetap bermuafakat dalam apa jua keadaan, kerana aspirasi dan matlamat kita adalah inspirasi kita bersama, ibarat kata pujangga;

“Banyak perkara boleh mengubah kita tetapi kita bermula dan berakhir dengan institusi keluarga”.- Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Sri Ismail Sabri Bin Yaakob. 

Untuk maklumat lanjut sila klik di SINI !

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×