berita

Eksklusif & Trendy, Rado Perkenal DiaStar Original Sempena Sambutan Ulang Tahun ke-60!

September 30th, 2022 | by Intan Mahsuri
Kini Trending

Rado merupakan jenama jam tangan antarabangsa yang tidak pernah mengecewakan penggunanya. Sentiasa up to date, Rado memastikan rekaan jam tangan mereka evergreen dan sesuai digayakan di mana-mana atau pada bila-bila masa sahaja.

Bab kualiti tak perlulah kita nak argue kerana Rado adalah antara pengeluar jam tangan yang diiktiraf di seluruh dunia.

DiaStar Original buah tangan Rado sempena ulang tahun ke-60!

Pertama kali dipersembahkan pada April 1962 di pameran jam tangan di Basel, Switzerland, DiaStar menerima pelbagai reaksi dan pujian.

Disinilah bermulanya perjalanan DiaStar sebagai model jam tangan yang tidak hanya menunjukkan waktu tetapi memiliki kualiti dan rekaan yang menawan serta evergreen.

Mengimbas kembali kejayaan model jam tangan DiaStar pada satu ketika dahulu. Kini, Rado memperkenalkan buah tangan terbaru daripada mereka iaitu DiaStar Original hasil kerjasama Rado dan pereka terkemuka Switzerland, Alfredo Häberli.

Idaman ramai, tak rugi beli DiaStar Original!

Kalau korang nak tahu inilah pertama kali, DiaStar Original menggunakan buat design hexagon untuk pemuka jam tangan mereka. Memang style habis. Rekaan papan pemuka yang berbeza ini menambahkan lagi nilai eksklusif yang ada pada model DiaStar Original. Jadi, rugi kalau korang tak beli.

Dihasilkan dengan teliti dengan menggunakan keluli tahan lasak berkualiti tinggi, DiaStar original edisi ulang tahun ke-60  menggunakan Rado Calibre R764 (disadur dengan emas) dilengkapi fungsi kalis air sehingga 10 bar, selain memiliki ukiran khas (DIASTAR ORIGINAL 60-YEAR ANNIVERSARY EDITION, DESIGN ALFREDO HÄBERLI) pada sebelah belakang casing jam tangan ini.

Disamping itu, apabila korang beli jam tangan DiaStar Original, ianya didatangkan dengan kotak khas beserta tali jam tangan tambahan yang telah direka menggunakan tekstil istimewa. DiaStar original menggunakan sistem EasyClip bagi memudahkan proses penukaran tali jam tangan tersebut. Takdelah korang terkial-kial, pusing kanan, pusing kiri semasa nak tukar tali jam.

 

 

Apa macam? Cantik tak gambar DiaStar Original yang min kongsikan ni? Percayalah, memang tak rugi beli sebab korang boleh pakai untuk jangka masa yang lama.

Bagi korang yang dah lama rancang nak tukar jam tangan baru atau ada perancangan nak hadiahkan jam tangan pada pasangan atau untuk diri sendiri (self reward), korang boleh try usha Dia Star original. Highly recommended!

Layari https://shopee.com.my/rado.os atau korang boleh singgah ke Butik Rado yang berdekatan untuk sebarang pembelian.

Maklumat lanjut berkaitan jam tangan DiaStar Original boleh didapati di SINI.

SKIP THIS AD ×