Foto sekadar hiasan
Seorang lelaki ditahan selepas didapati cuba membunuh seorang anggota polis yang sedang menjalankan serbuan dengan menikam lengan anggota tersebut di Taman Sri Sentosa, Bukit Bidang Selising, Pasir Putih, Kelantan.
Suspek panik rumah diserbu
Foto sekadar hiasan
Menurut Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Superitendan Zaizul Rizal Zakaria, kejadian berlaku kira-kira pukul 10 malam pada Ahad lalu semasa sepasukan anggota polis dari cawangan Ibu Pejabat Polis Daerah Bachok membuat serbuan di kediaman tersebut.
Ketika serbuan dijalankan suspek cuba melarikan diri dari bahagian dapur ke pintu depan rumah semasa anggota polis tiba namun berjaya dihalang sehingga berlaku pergelutan antara suspek dan anggota bertugas.
Suspek kemudian telah bertindak menikam lengan salah satu anggota serbuan dengan menggunakan gunting dipercayai akibat panik selepa melihat sepasukan anggota polis mengepung rumahnya.
Anggota serbuan yang berpangkat Lans Koperal telah dirawat di Hospital Bachok dan menerima lima jahitan pada lengan sebelah kanannya.
Suspek yang berusia 35 tahun itu pula mengalami kecedaraan dibahagian kepala, bengkak bahagian pipi kiri, lebam mata kiri, dan beberapa luka di tubunya akibat pergelutan dan menerima empat jahitan di bahagian atas kepala di hospital sama.
Modus operandi elak ditangkap
Foto: Sinar Harian
Tambah Zaizul, hasil siasatan mendapati suspek terlibat di dalam beberapa kes pecah rumah dan mempunyai lima rekod lampau berkaitan jenayah dan dadah di daerah Bachok dan Pasir Puteh.
Buat masa ini, pihak polis merakam percakapan pengadu di bawah Seksyen 112 Kanun Prosedur Jenayah, dan merampas sebilah gunting bewarna merah bertulisan Mitsuya Stainlesss Steel.
Pihak polis percaya, suspek mencederakan penjawat awam semasa melakukan tugas sebagai modus operandi bagi mengelakkan dari ditangkap.
Ujian saringan air kencing turut mendapati suspek positif dadah jenis methamphetamine.
Suspek yang bekerja sebagai pemandu lori itu kini ditahan di IPD Bachojk berkait kes pecah rumah mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan dan Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cuba membunuh anggota polis.
Sumber: Polis Daerah Pasir Puteh