Selebriti serba boleh, Alif Satar, menitikberatkan soal menjaga batas pergaulan ketika melakukan babak mesra bersama pelakon gandingan.
Artikel Berkaitan: Babak ‘Nur Hayfa Hamzah, I Cerai You Talak 1’ Berjaya Buat Netizen Teriak Tonton Drama ‘Risik Pada Hati’
Artikel Berkaitan: Penangan Risik Pada Hati, Suami Terpaksa Tadah Telinga Isteri Membebel Pasal Perangai Adam
Elak mesra dengan pelakon wanita
Menurut Alif, 32, dia tidak akan melakukan babak berpelukan atau aksi keterlaluan demi menjayakan drama atau filem lakonannya.
Saya memang mempraktikkan perkara ini dalam kerjaya sebagai seorang pelakon iaitu elak daripada melakonkan babak mesra atau intim.
Memang saya akui sangat mencabar berlakon babak mesra dengan pelakon wanita dan hari ini, jika saya nak pegang tangan pun memang berlapik, itupun waktu yang memang memerlukan sahaja.
Alif berkata demikian ketika majlis pelancaran Hausboom Music 2022 yang diadakan di Finch KL, pada Isnin.
Tiket konsert Hausboom Music 2022 yang bakal berlangsung di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), Serdang pada 1 Oktober depan sudah terjual hampir 80 peratus.
Konsert Hausboom Music 2022 bakal menghimpunkan 11 selebriti terkenal tanah air seperti Hujan, Wings, Ruffedge, Joe Flizzow, Bunkface, Masdo, Budak Nakal Hujung Simpang, Kapow, ForceParkBois, Chronicalz, Iqbal M, dan Banyak Bunyik Republik.
Bukan acah alim
Tambah pelantun lagu Lelaki Seperti Aku, dia hanya menggunakan simbolik ketika babak malam pertama dalam drama Bisik Pada Hati bersama aktres Ummi Nazeera dan Zara Zya.
Contohnya, ada babak malam pertama dalam drama Risik Pada Hati baru-baru ini, kami tidaklah lakukan aksi tidak senonoh, hanya beri salam. Sekadar simbolik.
Penonton drama sekarang ada yang sangat islamik dan mereka sedar batas. Jika mereka kata kurang elok, elakkan daripada melakukannya.
Memang nak beri terbaik tetapi hakikatnya, kena fikir lebih jauh tentang impak kalau jayakan babak sebegitu.
Dalam pada itu, pemilik nama Muhammad Alif Mohd Satar, menegaskan dia bukan bersikap ‘alim’ tetapi menjaga statusnya sebagai umat Islam, suami dan ayah kepada tiga cahaya mata.
Perkara itu bukan saja-saja saya lakukan tetapi kerana saya seorang Muslim, suami dan ada anak-anak.
Bila cakap begini, orang akan cakap acah-acah alim tetapi ini yang saya praktikkan. Selalunya, saya akan berbincang dengan pelakon lain bagaimana untuk menjayakan babak tersebut.
Sumber: Instagram @alifsatar