berita

‘Elakkan Bersendirian’ – Cadang Tan Sri Lee Lam Thye Kepada Pengguna Dobi 24 Jam

September 13th, 2018 | by Shafika
Isu & Kontroversi

Dengan wujudnya dobi 24 jam, sedikit sebanyak ianya memudahkan kehidupan seharian terutamanya buat isteri yang bekerjaya. Waktu operasinya 24 jam sehari, membuatkan ramai golongan tersebut lebih memilih untuk mencuci pakaian selepas waktu kerja.

Artikel Berkaitan: Pandai Hang Berlakon…

Baru-baru ini tular di media sosial sebuah rakaman CCTV menyaksikan dua remaja menyamun di sebuah dobi 24 jam. Disebabkan kes terbabit, waktu operasi dobi 24 jam perlu dikaji semula bagi mengelakkan perkara tersebut berlaku lagi.

Guna perkhidmatan dobi 24 jam pada waktu yang salah

Menurut Mstar, Naib Pengerusi Kanan Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) Tan Sri Lee Lam Thye berkata kebanyakan wanita menggunakan perkhidmatan dobi 24 jam pada waktu ‘selamat’ untuk si penjenayah melakukan ‘kerja’ mereka.

Namun, tindakan itu meningkatkan peluang penjenayah melakukan jenayah samun ketika tahap keselamatan berada di paras longgar lebih-lebih lagi dalam keadaan mangsa bersendirian tanpa teman.

Pasang kamera litar tertutup

Beliau turut berkata perlunya ada kerjasama antara pengusaha dobi dengan pihak polis demi keselamatan pengguna perkhidmatan dobi terbabit. Tambah beliau lagi, pengusaha dobi 24 jam juga perlu memasang kamera litar tertutup di dalam dan di luar premis perniagaan dalam usaha bagi mengenal pasti penjenayah.

Elakkan bersendirian

Lam Thye seterusnya berkata pengguna perlu mengelakkan diri berseorangan ketika menggunakan perkhidmatan terbabit.

Bagi mereka yang sering mengunjungi pusat dobi layan diri pada waktu malam, elak daripada bersendirian dengan membawa teman. Pergi ke tempat lain untuk menghabiskan waktu ketika menunggu pakaian dicuci.

Sumber: Mstar

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×