Pempengaruh media sosial, Elcah membuat pendedahan mengejutkan mendakwa seorang wanita telah menganggu rumah tangganya bersama suami, Hafizuddin atau lebih dikenali sebagai Afi Hamri.
Artikel Berkaitan: Influencer Selamat Kahwin Buat Kali Ke-3, Terima Mercedes Sebagai Mas Kahwin
Artikel Berkaitan: Saya Tak Minta Untuk Menjanda Dua Kali’ – Influencer Jawab Tuduhan Punca Bercerai Sebab Perempuan Bermasalah
Artikel Berkaitan: Influencer ‘Dicerai’ 8 Hari Lepas Bernikah Titip Ucapan Untuk Madu -‘Ubah Perangai, Saya Tak Ambil Cinta Orang’
Pramugari ganggu suami orang?
Menerusi perkongsian di Instagram Story, Elcah atau nama sebenarnya Aien Hasha mendakwa wanita terbabit yang bekerja sebagai pramugari di sebuah syarikat penerbangan terkenal itu pernah meminta wang berjumlah RM20,000 suaminya.
Tak bayar gaji ke sampai layan suami orang. Siap panggil baby sayang, i love you suami orang, Amboi.
Dalam pada itu, Elcah mendakwa wanita terbabit sudah mengganggu hubungannya dengan pasangan sejak mereka belum berkahwin lagi.
Saya dah beri amaran awak sebelum kahwin tapi awak memang beranai lepas kahwin muncul lagi. Seronok eh dia panggil suami orang baby sayang, panggil i love you. Lepas tu mudah je mintak RM20k.
Dah ambil suami orang, nak ambil duit suami saya juga? Awak cari semua kawan suami saya supaya mereka tahu hubungan awak kan?
Sementara itu, Elcah meluahkan rasa sedih dan terkilan apabila mengenangkan nasib anak perempuannya, Basheera yang terpaksa membesar dalam keluarga yang bermasalah.
Kau tengok muka budak ni, kau tak rasa kasihan ke dekat anak aku ni? Sampai bila budak kecil yang tak tahu apa-apa ni nak hidup ke sana ke sini sampai besar? Mana pergi hati kau?
Untuk rekod, Elcah telah mendirikan rumah tangga buat kali ketiga bersama Hafizuddin pada Januari 2024 selepas dua kali gagal dalam rumah tangga yang dibina pada tahun 2015 dan 2023 yang lalu.
Sebelum ini, Elcah pernah menjadi topik hangat di media sosial selepas mendedahkan dia telah diceraikan oleh bekas suaminya selepas lapan hari berkahwin.
Sumber: Instagram Elcah