Pelakon Elfira Loy syukur dijemput oleh Kerajaan Saudi untuk menunaikan ibadah Haji secara percuma.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Elfira Loy Pilih Jaga Sendiri Kedua Anak, Takut Baca Kes Dera Kanak-Kanak – ‘Saya Suka Menjadi Seorang Ibu’
Artikel Berkaitan: Kereta Tersadai Tepi Jalan Raya, Adik Seloroh Elfira Loy Tak Reti Isi Minyak
Rahsia tuhan
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, pemilik nama Nurul Elfira Loy Ahmad Sabri berkongsi pengalaman sepanjang berada di Tanah Suci.
Layanan sangatlah terbaik.
Paling best dapat pengalaman tengok macam mana mereka handle dan monitor semua jemaah.
Makanan setiap hari bertukar-tukar dan best. Tak lalu pun nak makan sebab rasa tak layak dapat layanan macam ini.
Orang kata waktu Haji dapat mandi toilet bersih memang rezeki terbesar. Happy sangat sebab tak pernah terfikir pun akan dapat semua ini.
Ujarnya, dia bersyukur dengan rezeki yang diaturkan buatnya.
Sepanjang hidup saya, saya selalu dahulukan orang lain. Pernah terfikir penatnya kena jadi tunjang utama.
Saya pujuk hati, nanti di syurga dapat yang best InsyaAllah.
Tapi tak sangka di dunia pun Allah dah bagi. Memang hadiah paling terbaik.
Gembirakan ibu bapa
Berkongsi lebih lanjut, Elfira bercita-cita untuk menunaikan Haji bersama ibunya namun kos melebihi kemampuannya.
Namun demikian, ibu kepada dua orang anak ini dikurniakan rezeki yang lebih besar buatnya.
Saya tak lahir dari golongan orang kaya. Senang tu Alhamdulillah Allah bagi senang.
Saya doa dari kecil nak buat Haji dengan Mama. Dan mestilah nak berikan pakej yang terbaik tapi harganya sangat tinggi.
Jadi, kita hantar Mama dulu. Tapi tak sangka Allah nak makbulkan dapat buat pergi Haji dengan Mama tanpa bayar satu sen pun.
Dalam pada itu, Elfira berkata, rahsia disebalik rezeki yang tidak disangka adalah dengan membahagiakan kedua ibu bapa.
Sumber: Instagram elfiraloy, TikTok ElfiraLoy