Pengarah dan penerbit, Azman Haji Yahya atau lebih mesra disapa sebagai Jinggo memberitahu bahawa menantunya, Elisya Sandha sudah menyertai syarikat produksi miliknya dan isteri, JS Pictures. Berita gembira tersebut dikongsikan oleh Jinggo sendiri menerusi akaun Instagramnya.
Perancangan 27 tahun lalu terlerai
Alhamdulillah. Hampir selesai. Perancangan 27 tahun lalu hari ini hampir terlerai. Pengakhiran 2022 telah sampai. Cabaran 2023 sudah mengapai. Setelah beban bahu kanan Papa lepaskan pada Haq. Hari ini dengan rasminya beban bahu kiri Mama lepaskan pada u. All the best. Good luck. Stay strong. Welcome on board Js Pictures. Anak papa Elisya Sandha.
Menurut Jinggo, sudah tiba masanya dia melepaskan syarikat tersebut kepada anak dan menantunya. Sebagai bapa mentua, Jinggo berharap Elisya dapat melakukan yang terbaik dan berjaya menangani sebarang cabaran pada tahun hadapan. Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen teruja melihat kasih sayang yang terjalin di antara ahli keluarga ini.
Video
View this post on Instagram