Kenyataan dari pengarah dan pelakon Ellie Suriaty yang mendakwa dia sudah dapat merasakan bekas suaminya, Azri Iskandar itu ada hubungan dengan wanita lain sebelum bercerai telah menimbulkan pelbagai spekulasi.
Artikel Berkaitan: ‘Saya Dah Rasa Azri Ada Hubungan Dengan Wanita Lain’ – Ellie Suriaty
Mana ada orang ketiga
Mendapatkan jawapan daripada empunya badan, Azri ketika dihubungi OhBulan! menafikan dakwaan panas itu.
Kata pelakon berumur 54 tahun ini, Ellie telah mencalar imej Dr Azra Diera sekaligus timbul gelaran perampas.
Tak pernah sangka dan plan pun nak bercinta (dengan Azra). Yang Ellie kata dia tau saya ada hubungan dengan perempuan lain sebelum bercerai itu tak betul!
Sumpah demi Allah. Saya sanggup dapat hukuman Allah kalau saya tipu.
Dan itu (dakwaan) membuatkan imej Azra tercalar. Silap-silap ayah dia tak nak buka pagar masa saya pergi sana sebab anak dia dituduh rampas saya. Musnahkan rumah tangga orang.. tak baik la macam tu.
Pemilik nama Azri Iskandar Zulkiffly Iskandar juga menjawab pertikaian netizen yang mengatakan dia terlalu cepat ‘move on.’
Orang cakap kenapa cepat sangat move on? Saya dah 54 tahun manakala Azra 43 tahun. Kami bukan pasangan muda yang bercinta, kemudian bergaduh dan ulang balik benda sama.
Kami dah tua, kalau buat macam pasangan muda orang akan geli. Anak-anak pun dah besar. Jadi, biarlah kami nikah. Buat apa pun orang tak cakap apa.. dah halal. Allah pun suka.
Anak-anak terkejut
Dalam pada itu, pelakon drama Rahimah Tanpa Rahim memberitahu anak-anaknya tidak menghalang untuk dia berkahwin dalam masa terdekat malah merestui hubungan dengan Dr Azra.
Mula-mula mereka terkejut la bila dapat tau. ‘Cepatnya papa, rileks dulu. Papa kan tengah bersedih. Kerja dulu cari duit dalam setahun dua.’ Bila saya cerita dekat mereka, terus okey.
Mereka doakan saya happy dengan aunty Azra. Anak sulung saya dengan Ellie semalam ada mesej. ‘Papa kalau betul nak kahwin okey la tapi bagitau mummy. Mummy kan dalam edah.’
Saya cakap ‘papa macam biasa akan bagi nafkah tapi papa tak ada edah.’ Dan saya rasa akan nikah dengan Azra pun selepas selesai edah Ellie. Proses bukan mudah, nak pergi pejabat agama, kursus kahwin lagi.
Untuk rekod, Azri bercerai dengan Ellie Suriati pada 17 Mei lalu selepas 19 tahun hidup bersama. Pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata iaitu Azrell Omar, 18 dan Nur Azreen, 13.