berita

Lantang Pertahan Pemimpin UMNO, Ellie Suriaty Mengaku Dikecam Rakan Artis

October 25th, 2018 | by Shafika
Isu & Kontroversi

Baru-baru ini, nama pelakon Pah Bedah, Ellie Suriaty menjadi bualan hangat netizen apabila beliau turut bersama dengan ahli UMNO yang lain melaungkan kata-kata semangat buat Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Artikel Berkaitan: ‘Tak Payah Jerit-Jerit Laa, Buat Sakit Tekak Je’ – Netizen

Terbaru, menerusi laporan Harian Metro, pelakon tersebut tidak menyangka video ucapan protes yang dilakukannya di depan ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) itu tular dan menerima pelbagai reaksi netizen.

Rakan selebriti turut kecam

Ellie berkata, beliau juga menerima kecaman dari rakan-rakan selebriti atas perbuatan tersebut.

Saya sendiri pun tak sangka video itu akan tular di media sosial. Banyak kecaman yang saya terima daripada masyarakat, bahkan ada juga daripada rakan-rakan selebriti.

Namun, saya tak mahu terlalu mengambil pusing. Mungkin secara keseluruhan, hanya 15 peratus saja yang memandang perjuangan saya dari sudut negatif. Selebihnya, mereka faham dan menyokong.

Itu bukan lakonan

Tambah beliau lagi, apa yang dilakukan itu bukanlah lakonan semata-mata tetapi beliau lakukan perkara tersebut dengan ikhlas dari hati dan beliau mengaku bahawa beliau tidak rasis.

Itu bukan lakonan. Berlakon adalah kerja profesional saya, tapi saya tak boleh berlakon kalau diminta secara suka-suka kerana bagi saya, itu adalah satu penghinaan buat diri saya.

Saya bukan ahli politik, sebaliknya seorang aktivis. Ketika memberikan ucapan itu, saya benar-benar marah dan ingin menegakkan keadilan untuk UMNO.

Saya bukan rasis. Begitu juga dengan kerajaan lama. Salahkah seorang Melayu, ingin mempertahankan parti yang selama ini berada di belakang orang Melayu?

Suami risau

Beliau akui timbul kerisauan dalam diri suaminya, Azri Iskandar apabila beliau menyertai perhimpunan tersebut.

Dia risaukan saya. Dia tak mahu apa-apa yang buruk berlaku kepada saya. Tapi, dia sendiri pun sedia maklum bahawa saya wanita yang berjiwa ‘liar’.

Sumber: Harian Metro

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×