Pelakon dan pengarah, Ellie Suriaty memaklumkan bekas sumainya, aktor Azri Iskandar sedang melakukan persiapan perkahwinan bersama kekasihnya yang dikenali sebagai Datuk Noora Kay.
Artikel Berkaitan: Ellie Suriaty Jumpa Kekasih Azri Iskandar Berstatus Datuk, Doa Agar Urusan Kahwin Dipermudahkan
Artikel Berkaitan: ‘Sebenarnya Ada Tawaran, Tapi Bila Hantar Nama…Pihak Stesen Televisyen Tak Lulus’ – Azri Iskandar
‘Saya mahu dia hidup bahagia’
Ketika ditemui OhBulan! di Rumah Terbuka Mstar yang bertempat di Rumah Abang Jamil Kuala Lumpur pada Rabu, Ellie atau nama lengkapnya Ellie Suriaty Omar berkata, dia turut membantu membuat persiapan memandangkan dirinya akan mewakili pengantin lelaki.
Saya mahu dia hidup bahagia. Tujuan saya membantunya membuat persiapan perkahwinan memandangkan saya sudah berjanji dengan Allahyarham nenek Azri bahawa perkahwinan kami akan kekal hingga hujung nyawa.
Namun, takdir sebaliknya buat kami apabila perkahwinan dibina mampu bertahan selama 19 tahun.
Dalam pada itu, Ellie akui masih menjaga hubungan baik dengan Azri meskipun mereka kini sudah membawa haluan masing-masing.
Saya dahulu berjanji bahawa perkahwinan itu akan kekal sehingga ada salah seorang daripada kami meninggal dunia. Tetapi, qada dan qadar perkahwinan kami hanya sampai di sini. Tetapi, saya tetap menjaga hubungan baik antara kami.
Biarpun tidak mampu kekal hingga hujung nyawa, tetapi setidaknya saya sudah berjaya membantu Azri untuk mengecap kebahagian meskipun sudah tidak bersama.
Ellie bagaimanapun enggan mendedahkan secara terperinci tarikh dan lokasi majlis perkahwinan itu sebaliknya membiarkan tuan badan yang mengumumkannya.
Saya tahu Azri mengenali ramai teman wanita sebelum ini, jadi andai ada yang berkecil hati dan kecewa, saya mewakilinya memohon maaf.
Terima kasih saya ucapkan kepada mereka yang melungkan masa dan perhatian. Saya tahu Azri ada berkata dia ingin berkahwin, jadi apabila mengenali wanita itu dan melihat sama ada sesuai atau tidak.
Azri bukan mungkir janji, tetapi segalanya ini sudah takdir qada dan qadar. Semoga Azri berbahagia dengan keluarga baharunya nanti.
Untuk rekod, Azri dan Ellie berkahwin pada 2003 dan bercerai pada 17 Mei 2022 selepas 19 tahun usia perkahwinan. Pasangan tersebut dikurniakan dua anak iaitu Azrell Omar, 19 dan Nur Azreen, 14.