Pelakon Ellie Suriaty memberitahu punca hubungan bekas suami, aktor Azri Iskandar dan Datuk Noora Kay berakhir disebabkan wanita itu tidak bersetuju dengan penundaan tarikh majlis pernikahan.
Artikel Berkaitan: Azri Iskandar Tak Jadi Kahwin, Noora Kay Dedah Tiada Keserasian – ‘Kami Putus Sejak Akhir Mei Lalu’
Artikel Berkaitan: Ellie Suriaty Terbuka Hati Untuk Kahwin Lagi – ‘Saya Suka Alam Perkahwinan’
Tunda tarikh
Ketika ditemui OhBulan!, Ellie berkata, bekas suaminya itu kini sedang sibuk menjalani penggambaran filem yang menyebabkan dia terpaksa mencari satu tarikh baharu untuk menghalalkan hubungan dengan kekasihnya.
Saya rasa mereka tak jadi kahwin bukan sebab tidak serasi tetapi lebih kepada tiada jodoh. Saya lihat Datuk Noora Kay bersungguh-sungguh mahu bernikah dengan Azri.
Dari pihak kami (Ellie dan Azri), kami minta tangguhkan majlis tersebut sebab Azri sedang menjalani penggambaran filem.
Barangkali kesibukkan Azri itu mungkin menyebabkan Noora mengambil keputusan untuk memutuskan hubungan.
Mungkin pihak Noora menunggu terlalu lama untuk Azri habiskan filem tetapi pihak kami tidaklah mahu buat keputusan tergesa-gesa.
Ellie berkata demikian ketika ditemui pada tayangan malam gala filem Abnormal Buas yang berlangsung di GSC, Mid Valley Mall, pada Rabu.
Dalam pada itu, Ellie berkata perbincangan antara kedua belah pihak sudah dilakukan, namun berasa kurang senang apabila perbincangan itu dilihat hanya berat sebelah.
Fasal hubungan mereka putus itu saya dapat tahu daripada Azri, saya juga ada tidak bersetuju beberapa perkara namun perbincangan kedua-dua belah juga sudah dilakukan.
Tapi perbincangan itu banyak ke arah Noora, pada saya itu bukan perbincangan, itu kita kena dengar cakap dia sahaja.
Saya juga ada minta Azri pujuk Noora tapi Azri tak mahu sebab katanya masing-masing sudah tua dan tiada masa untuk merajuk.
Kami juga tidak setuju dengan permintaan jemputan hanya 150 orang, ini bukan malam gala. Saya memanglah pemain industri kreatif yang cergas, memang cipta drama tetapi dalam realiti kehidupan saya tak suka drama.
Sementara itu, ibu kepada dua cahaya mata itu turut berasa terkejut apabila Noora memintanya menjadi penyambut tetamu sewaktu majlis pernikahan.
Malah, Ellie turut menafikan dia berasa cemburu dengan hubungan Azri dan bekas kekasihnya.
Saya terkejut apabila dia suruh saya tunggu dekat dewan untuk sambut tetamu masa dia akad nikah.
Selepas itu, buat apa saya nak cemburu (dengan mereka), kalau saya cemburu saya tidak menguruskan perkahwinan mereka.
Kalau tanya saya keadaan Azri sama ada sedih atau tidak, saya tengok dia hanya bertenang. Boleh kata dia sudah terima dan tidak perlu kejar untuk berkahwin.