Semalam, pelakon jelita Datin Elvina Mohamad meluahkan rasa marah apabila pembantu rumahnya melarikan diri dan meninggalkan anaknya yang berusia sembilan bulan seorang diri.
Artikel Berkaitan: ‘Adakah Awak Bodoh Atau Berlagak Bodoh?’ – Elvina Bengang Dengan Individu Lelaki Suruh Buang Nama ‘Mohamad’
Bawa lari wang
Menerusi hantaran yang di muat naik di Instagram Story, Elvina Mohamad atau nama sebenarnya Norzalina Mohamad, mendedahkan pembantu rumahnya itu turut membawa lari sejumpa wang dan sebuah telefon bimbit.
18/1/2024 pembantu rumah saya lari tinggalkan anak lelaki umur sembilan bulan seorang diri.
Dia telah membawa lari sejumlah wang dan juga iphone anak kami dan mungkin ada lagi barang lain yang kami masih belum periksa.
Menurut pelakon berusia 28 tahun itu, dia dan suami sentiasa melayan pembantu rumahnya itu dengan baik.
Dia dan suami pernah menyambut ulang tahun kelahiran pembantu rumahnya itu dengan membelikan kek dan makanan yang sedap untuknya walaupun mereka sibuk bekerja.
Baru-baru ini, dia cakap dia tak pernah sambut ulang tahun, tak pernah ada kek. Saya dan suami walaupun sibuk kerja, balik juga belikan kek dan tempahkan makanan apa yang dia teringin nak makan.
Dia sampai menangis terharu dan siap minta belikan telefon bimbiti kerana telefonnya dah nak rosak.
Kesimpulannya, baik lah macam mana pun kalau dan pembantu rumah Indonesia ini akan tetap buat perangai. Haihhh geramnya lah!!!!
Hanya bermain telefon
Apa yang membuatkan Elvina bertambah marah adalah dia pernah melihat pembantu rumahnya itu tidak menjalankan kerja di mana dia hanya bermain telefon dan membiarkan anak bermain sendiri.
Tambahnya lagi, tugas wanita tersebut hanyalah menjaga dan membasuh pakaian anaknya, Maleeq.
Bukan itu sahaja, suami Elvina turut membelikan telefon bimbit baru untuk anaknya di kampung untuk memudahkan mereka berhubung.
Ya Allah, geram betul rasa. Dah lari tuh satu hal selepas itu mencuri lagi. Pernah dia tanya Karl ‘password phone Karl apa bibik tolong buka’ rupanya dan ada agenda!!! Haih sakit betul hati ini.
Dalam rumah ini ada dua pembantu, tuga dia hanya jaga Maleeq dan basuh baju Maleeq sahaja.
Kerja rumah lain semua bibik seorang lagi buat jadi tak berat pun kerja dia. Bila kita tiada dirumah dan check CCTV dia duduk bertiktok, karoake dan main telefon, anak kita dibiarkan sendiri.
Bila call tegur baru dia buat-buat macam ada kerja tapi mata jeling pandang CCTV. Awal kerja haritu dia buat cerita sedih katanya anaknya di kampun tiada telefon nak call susah.
Suami saya pun bagi duit suruh anak dia beli telefon supaya boleh dorang video call, kita pun faham dorang mesti rindu kerja jauh-jauh macam ini. Tapi tetap buat perangai.
Sumber: Instagram