berita

‘Emak, Emak..Jangan Lena. Jangan Sibuk Kisah Husna’

July 30th, 2018 | by Shafika
Isu & Kontroversi

Isu pedofilia di Malaysia nampaknya bukan perkara baru dalam masyarakat kita hari ini. Malah, semakin berleluasa apabila baru-baru ini kecoh isu seorang lelaki berkahwin dengan gadis berusia 11 tahun. Itulah pentingnya pemantauan ibu-bapa terhadap anak mereka terutama anak perempuan.

Kisah dikongsikan oleh Baitus Solehah ini buat kami terkejut. Bayangkan baru berusia 13 tahun sudah mengandung. Paling menyedihkan apabila gadis ini tidak tahu apa yang berlaku. Semoga kita ini dijadikan pengajaran buat kita semua.

Umur 13 mengandung

(sekadar gambar hiasan)

Ni mangsa pedo. Budak ni di’grooming’ dari sebelum ambik upsr. Bila umur 13 tahun dah mengandung. Budak tu happy je sebenarnya sebab dia tak tahu akibat. Best apa ada lelaki sebaya bapa belai, peluk, sentuh dan akhir sekali barulah bersetubuh. Bersetubuh ni babak akhir setelah mangsa terkulai manja.

Kesian tak, budak kecik dah kendung anak. Ni gambar saya ambik waktu dia nak mandi anaknya. Terpaksa berjengket sebab masih rendah. Pendek. Ketinggian belum cukup. Masa mengandung sedih tengok budak kecik perut terjungkit kedepan.
Di sini mereka perlu berdikari. Kena urus anak sendiri. Ada kawan sebelahnya perhati, tunjuk ajar supaya budak ni lakukan dengan betul.

Jangan sibuk dengan kisah husna

Apa emak emak rasa bila tengok budak umur 13 tahun kendung anak? Adik ke anak? Walaupun budak, fitrahnya seorang perempuan mengandung dan melahirkan anak, air susu tetap ada dan mewah. Anaknya menyusu susu ibu. Masih ada 4 mangsa pedo belum melahirkan. 2 orang budak dah melahirkan anak.

Ini lah bukti pedo makin bermaharajalela. Tahun lepas saja berapa ramai mangsa pedo melahirkan anak di sini.
Emak, emak…jangan lena. Jangan sibuk dengan kisah husna.
Bangun, bangun…

Opah Makin Tua,
Mak Liza
#PedoCabulLiwatRogol
#MengandungBawahUmur

Sumber : Baitus Solehah

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×