berita

‘Emir Tak Boleh Single Lama-Lama’ – Tunai Amanat Arwah Suami, Ibu Wan Emir Tinggalkan Coretan

September 3rd, 2020 | by Shahira
Kini Trending

Dalam beberapa jam sahaja lagi, pelakon dan pengacara popular Mira Filzah bakal menamatkan zaman bujang bersama pilihan hati, Wan Emir Astar. Berikutan daripada itu, ramai dalam kalangan peminat mendoakan agar majlis tersebut berjalan dengan lancar.

Terbaru, menerusi satu posting di Facebook, ibu Wan Astar iaitu Datin Mastura Yazid yang juga Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas) telah menitipkan satu coretan khas buat anak lelakinya itu sebelum bergelar suami.

Pesanan arwah papa

Emir, ingatlah pesanan arwah papa. Selama hampir sebulan sebelum Arwah Papa pulang ke rahmatullah, arwah papa sering mengingatkan ibu betapa arwah papa ingin Emir mendirikan rumah tangga secepat mungkin kerana katanya kebahagiaan yang sebenar hanya akan tercapai setelah berkahwin.

Arwah papa kata Emir tak boleh ‘single’ lama-lama katanya. Dan arwah papa nak buat pelamin Emir dengan reka bentuknya sendiri. Seperti juga yang arwah papa lukiskan pelamin untuk perkahwinan Imar. Ibu ingat segala bait-bait perbualan-perbualan arwah papa dan ibu itu. Dan memori itu masih jelas di fikiran Ibu.

Menerusi perkongsian di Facebook, Datin Mastura binti Mohd Yazid meluahkan rasa syukur atas majlis pernikahan anak lelakinya iaitu Wan Emir Astar yang akan berlangsung pada malam ini. Dalam pada itu, Datin Mastura juga sempat meninggalkan beberapa pesanan yang pernah diungkapkan oleh arwah suaminya, Datuk Wan Mohamad Kahir-ril buat anak-anak pada suatu ketika dahulu.

Arwah bapa Emir sebelum ini pernah memberitahu supaya anak lelakinya itu segera menamatkan zaman bujang kerana kebahagiaan sebenar adalah selepas berkahwin. Selain itu, arwah juga pernah meluahkan hasratnya untuk membuat pelamin Emir itu mengikut reka bentuknya tetapi sebelum sempat berbuat apa-apa, arwah sudah dijemput Ilahi.

‘Kini, saat itu sudah sampai’

Kini, saat itu dah sampai. Ibu akan melaksanakan segala permintaan arwah papa untuk Emir. Moga di izin dan di permudahkan Allah SWT. Antara pesanan arwah papa untuk Emir, jadilah seorang suami yang baik dan bertanggungjawab. Isteri adalah amanah Allah SWT ke atas diri Emir.

Perlu disayangi dan dilindungi dengan jiwa dan raga. Keluarga keutamaan setiap suami. Berbahagialah dan berbahagialah hingga ke Jannah. Ibu adalah antara wanita yang paling bertuah kerana mempunyai suami yang baik. I had a happy marriage and I love arwah papa very much. How I wished he is here to celebrate Emir’s wedding. Trust Ibu, Arwah Papa’s love and spirit is here with us. It is to last us a lifetime. Di hari ia melahirkan cintanya, ia berkata kepada kekasihnya. Kita tidak usah berjanji untuk setia kerana kita tidak mahu setia kerana janji kita akan setia kerana cinta hanya kerana cinta.

Menurut ibu Emir, dia akan melaksanakan segala permintaan arwah dan berharap agar segala urusan dipermudahkan. Sementara itu, Datin Mastura mengingatkan Emir supaya menjadi seorang suami yang baik dan bertanggungjawab kepada isterinya. Datin Mastura meluahkan rasa syukur kerana dia dikuarniakan seorang suami yang sangat baik seperti arwah selain dapat melayari bahtera perkahwinan dengan bahagia.

Sumber: Mastura Yazid

SKIP THIS AD ×