berita

Emma Maembong Mengaku Diri ‘Kepochi’ Menyibuk Isu Bella Astillah – ‘Saya Voice Note Ruhainies, Tanya Khabar Angin Betul Tak’

April 25th, 2024 | by Shahrin
Kini Trending

Emma Maembong

Pelakon Emma Maembong tampil memberi penjelasan selepas namanya dipetik dan didakwa terbabit dalam konflik membabitkan tiga rakan selebriti iaitu Aliff Aziz, Bella Astillah dan Ruhainies.

Artikel Berkaitan: ‘Kalau Tak Diuji Macam Ni, Mungkin Saya & Awak Kurang Ingat & Berharap Pada Allah’ – Aliff Aziz

Artikel Berkaitan: Bella Astillah Terkejut Baca WhatsApp Aliff & Ruhainies – ‘Saya Kecewa Kerana Pasangan Yang Sudah Lama Bersama, Berkomplot Untuk Menjatuhkan’

Mengaku salah

Emma Maembong

Menerusi hantaran di Instagram, Emma bagaimanapun mengakui kesilapannya bertanyakan kepada Ruhainies mengenai spekulasi membabitkan Bella.

Jelas Emma, dia tiada niat untuk memburukkan nama Bella, sebaliknya hanya ingin mendapatkan kepastian.

Saya cakap jujur, sepanjang saya shooting memang kes Bella viral dekat kami punya produksi, belakang tabir. Orang asyik cakap dan tanya tapi saya jawab tak tahu.

Saya dengar macam-macam cerita dan khabar angin. Apabila dengar cerita, saya jadi kesian dekat Bella. Tapi saya ada dengar orang lain borak, orang kata sebaliknya.

Dalam pada itu, Emma berkata dia tidak menyebelahi mana-mana pihak dan akui sepatutnya bertanyakan terus kepada Bella.

Saya tak rapat dengan Ruhainies dan Bella tapi kenal sebagai rakan artis yang selalu jumpa di event. Tapi dengan Bella, saya hanya bertegur sapa, cuma kalau borak satu meja itu adalah Ruhainies.

Saya hanya voice note dekat Ruhainies, hanya bertanyakan kesahihan khabar angin yang saya dengar mengenai Bella betul ke tak? Saya hanya tanya betul ke tak. Tapi silap saya sendiri pergi tanya Ruhainies.

Saya tak tanya Bella sendiri sebab saya beranggapan waktu itu tak sesuai. Satu kesilapan saya pergi sibuk bertanya. Tapi bukan mengutuk atau nak ajak perang.

Susulan itu, ibu kepada dua cahaya mata ini memohon maaf secara terbuka kepada Bella.

Saya nak minta maaf kepada Bella sebab jadi kepochi. Saya minta maaf, saya tak sepatutnya masuk campur. Saya pun dah kahwin, faham benda itu. Saya tak ada niat nak kutuk, saya minta maaf.

Video

 

View this post on Instagram

 

A post shared by EmmaMaembong (@emma_maembongofficial)

Sumber: Instagram

SKIP THIS AD ×