berita

Emma Maembong Nafi Kontroversi Sebagai Jalan Pintas Untuk Berjaya

November 6th, 2012 | by Ai
Kini Trending

Pelakon yang baru meningkat naik, Emma Maembong nafi kontroversi merupakan jalan pintas untuk dia terus mengukir nama dalam bidang lakonan.

“Emma tak rasa kontroversi boleh membuat nama Emma naik. Kalau boleh Emma nak mula dari bawah dan naik secara perlahan-lahan. Tak nak orang bercerita disebabkan kontroversi dan kalau boleh tak nak lagi ada benda-benda macam tu.”

Pelakon ini turut akui pada awalnya dia tidak mendapat restu keluarga untuk menceburi bidang lakonan. Segalanya berubah apabila bapanya memberi kebenaran untuk dia berdikari dan mencari pekerjaan sendiri.

“Sebenarnya ibu bapa Emma dah bercerai dan selama ini memang Emma tinggal dengan ayah. Jadi apa yang Emma nak buat ayah kena tahu.

“Sebelum ni memang ayah tak bagi Emma berlakon, tapi bila tiba-tiba je ayah bagi ‘green light’ untuk Emma cari kerja sendiri, masa tu baru Emma terima tawaran Kak Ema Fatimah untuk berlakon dalam drama arahannya.”

Pelakon kacukan Melayu-Scotland ini turut akui banyak cabaran dan halangan yang perlu dilalui sepanjang bergelar anak seni. Dia juga mengingatkan diri sendiri supaya tidak melakukan sebarang kesilapan.

“Semua yang kita buat pasti ada cabaran. Demi meneruskan kehidupan, kita kenalah terima semuanya. Apa yang penting jangan buat silap,” ujar gadis ini lagi.

Merujuk perkembangan terbaru, Emma bakal muncul dalam drama terbaru berjudul ‘Cinta Itu Milikku’ yang akan mula ditayangkan pada 12 November ini di slot Akasia TV3. Menerusi drama tersebut, Emma bakal digandingkan dengan dua pelakon berbakat iaitu Ana Dahlia dan Fazreen Rafi.