berita

Emma Maembong, Suami Positif Covid-19

January 15th, 2021 | by Zulaikha
Kini Trending

Pelakon cantik Emma Maembong, menerusi satu video yang dimuat naik di laman Instagramnya memaklumkan dirinya telah positif Covid-19. Tidak berakhir di situ, suaminya Shazli Azhar, turut menerima tempias yang sama apabila turut disahkan positif.

Tiada sebarang simptom

Menerusi video tersebut menunjukkan Emma sedang menjalani ujian calit dijalankan oleh sebuah klinik swasta yang datang ke rumahnya. Jelasnya, dia sebelum ini tidak mengalami sebarang simptom, namun menerusi keputusan ujian calit tersebut dia disahkan positif Covid-19.

Pada masa yang sama, Emma turut memberikan nasihat kepada orang ramai supaya tidak mengambil ringan mengenai virus ini. Malahan, mengingatkan orang ramai supaya terus patuh dengan Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi melandaikan semula kes Covid-19 di Malaysia.

Suami turut positif

Pada masa yang sama suaminya Shahzli, menerusi video yang dimuat naik di laman Instagram turut mengesahkan dia telah positif Covid-19.

Alhamdulillah my results were negative. Baba and mama said im a strong boy, i didnt cry.

Manakala anaknya Shahriqgabriel, disahkan negatif setelah ujian calit dijalankan. Berita itu dikongsi di laman Instagram anaknya semalam.

Menerusi ruangan komen, artis dan peminatnya turut mendoakan supaya dia dan suaminya sembuh seperti sedia kala.

Sumber: Emma Maembong

SKIP THIS AD ×