Perceraian pelakon Emma Maembong merupakan antara berita yang mengejutkan industri hiburan tempatan malah ianya dimaklumkan selepas aktres itu tamat tempoh iddah.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Emma Maembong Enggan Kongsi Punca Cerai, Masih Jaga Hubungan Baik Dengan Bekas Suami – ‘Kami Berpisah Bukan Kerana Orang Ketiga’
Artikel Berkaitan: Emma Maembong & Shazli Sudah Bercerai, Terima Keputusan Dengan Matang – ‘Saya Sebolehnya Cuba Menutup Kisah Peribadi’
Netizen kagum
View on Threads
Di laman Threads, seorang pengguna telah memuat naik video Emma sedang ditemu bual oleh wartawan ketika dia menghadiri ke majlis pelancaran filem baru-baru ini.
Menerusi video tersebut, Emma atau nama sebenarnya Fatimah Rohani Ismail dilihat mampu mengawal emosi semasa menjawab soalan daripada pihak media yang bertanya tentang perpisahannya bersama bekas suami.
Emma tenang & matang
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet menyifatkan aktres berusia 32 tahun itu sebagai seorang yang profesional sepanjang ditemu bual.
Profesional. Dia menerima qada dan qadar.
Emma sangat matang walaupun bertubi-tubi soalan wartawan dia jawab dengan tenang. Tak ada pun nak burukkan pasangan dia.
Saya sangat hormati Emma, wanita tenang dan matang.
‘This is true classy!’ Cara mereka kendalikan perceraian dengan baik dan secara tertutup tanpa mendedahkan atau saling menuduh di media sosial.
Terdahulu, Emma mengejutkan orang ramai apabila mengesahkan dirinya sudah pun bercerai dengan suaminya Muhammad Shazli Azhar. Namun, tidak mendedahkan secara terperinci mengenai tarikh perceraian mereka.
Untuk rekod, Emma dan Shazli mendirikan rumah tangga pada 20 Februari 2020 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua cahaya mata.
Sumber: Threads