Nama pelakon cantik, Emma Maembong bagaikan sudah trending di dunia hiburan semenjak digosipkan bercinta dengan pelawak terkenal, Zizan Razak.
Namun, tidak semua gosip cinta bersama Zizan memberikan impak yang positif kepada dirinya. Mana taknya, isu bercumbuan baru sahaja dijawab, timbul pula kisah bersekedudukan di rumah jejaka yang berasal dari Terengganu itu.
Artikel Berkaitan:
- Memang Emma Ada Datang Rumah Saya – Zizan Razak
Lebih mendukacitakan, ada pihak mendakwa bahawa Emma cuba menumpang populariti Zizan. Namun, dakwaan ini dinafikan sendiri olehnya.
Status sebenar hubungan Emma Maembong dan Zizan Razak masih menjadi tanda tanya
Bagaikan sudah lali dengan tohmahan yang dilemparkan, Emma yang ditemubual di Anugerah Meletop Era 2014 (AME 2014) itu dengan tenang menjawab segala kontroversi yang melanda dirinya.
“Memang Emma ada pergi rumah dia, tapi bila mak dia ada. Tadi pun Emma pergi rumah Zizan sebab Emma datang sekali dengan dia. Tapi bila sampai tahap cakap kami bersekedudukan, Emma tertanya-tanya jugalah kenapa jadi sampai macam ini.”
Bagaimanapun, pelakon berusia 22 tahun itu tidak menyalahkan individu yang memulakan gosip ini dan faham bahawa status hubungannya dengan Zizan kini sedang menjadi tumpuan media.
“Buat masa sekarang Emma hanya boleh beritahu yang dia adalah lelaki yang rapat dengan Emma. Bukan niat nak sorok, sebab ramai orang sekarang, bila bercinta kecoh tapi kemudiannya putus pula. Bila dah putus nanti, orang akan mengata juga. So, bagi saya, biar relax dulu. Kalau ada jodoh, Insya Allah.”
Walaupun agak sedih dengan gosip tersebut, Emma bersyukur kerana ahli keluarganya memahami perkerjaannya dan tidak mudah melatah apabila mendengar isu tersebut.
“Ayah ada baca e-mel itu, tapi dia gelak sebab anak dia ada dekat sebelah. So, bila masa pula saya perginya? Tiap-tiap hari ada di rumah. Dan dia tahu kalau saya pergi pun saya akan bersama pembantu peribadi saya ataupun mak Zizan ada di rumah.
Kerja mana-mana pun orang akan tetap berkata. Saya tak marah cuma janganlah buat cerita yang boleh jatuhkankan maruah. Itu tidak baiklah.”
Dalam pada itu, Emma memberitahu bahawa dirinya kini masih berada di bawah pengurusan pihak Wirefame.
“Masa itu saya cuma cakap nak rasa macam mana untuk handle kerjaya saya sendiri tapi belumlah lagi sampai tahap nak keluar terus daripada Wirefame sebab mereka dah macam keluarga pada saya.”
Belum puas menatap wajah si cantik ini? Mari kita lihat foto yang OHBULAN! sediakan khas untuk anda.