berita

Empat Maut Insiden Udara Di Gold Coast

January 5th, 2023 | by Wahidah Othman
Kini Trending

Empat orang maut manakala 13 lagi cedera selepas dua buah helikopter bertembung di udara berhampiran Sea World, Gold Coast, Australia kira-kira jam 2 petang, Isnin lalu.

Artikel Berkaitan: Helikopter Terhempas Di Cameron Highlands, Semua Penumpang Selamat

Artikel Berkaitan: Terpaksa Patah Balik, Enjin Pesawat Lion Air Terbakar

Nahas dua helikopter

Menurut pihak berkuasa Queensland, siasatan awal menunjukkan kejadian itu berlaku apabila sebuah helikopter ingin berlepas manakala sebuah lagi sedang melakukan pendaratan.

Dalam pada itu, laporan mengesahkan mangsa yang maut menaiki helikopter yang sama di samping tiga penumpang lain berada dalam keadaan kritikal. Difahamkan, dua warganegara UK merupakan antara yang terbunuh dalam nahas berkenaan. Sementara itu, lima daripada enam mangsa dalam pesawat lain, yang melakukan pendaratan cemas, mengalami cedera ringan.

Bukan itu sahaja, Perdana Menteri Australia, Anthony Albanese mengakui negara terkejut dengan insiden yang mengerikan dan tragis.

Fikiran saya tertumpu kepada semua yang terjejas termasuk responden pertama dan turut bersimpati atas mereka yang sedang berduka,

Dalam masa sama, Biro Keselamatan Pengangkutan Australia (ATSB) sedang menyiasat punca pertembungan itu serta meminta saksi kejadian untuk menghubungi pihak penyiasat.

Sumber: BBC

SKIP THIS AD ×