berita

Helikopter Terhempas Di Cameron Highlands, Semua Penumpang Selamat

October 26th, 2022 | by Wahidah Othman
Kini Trending

Sebuah helikopter yang membawa enam individu termasuk lima pegawai perubatan dilaporkan terhempas di kawasan hutan berhampiran Tanah Rata, Cameron Highlands, bersempadanan negeri Perak dan Pahang, tengah hari tadi.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Helikopter Terhempas, 2 Cedera, 3 Selamat

Artikel Berkaitan: Ingatkan Tanah Runtuh, Sharifah Shahirah Kongsi Detik Cemas Dengar Letupan Helikopter Terhempas

Semua terselamat

Kejadian yang dipercayai berlaku kira-kira 12.55 tengah hari itu melibatkan sebuah helikopter jenis Airbus AS355 F2 yang membuat pendaratan cemas akibat cuaca buruk. Walau bagaimanapun, kesemua dilaporkan selamat namun mengalami kecederaan ringan.

Dalam pada itu, Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Yusri Hassan Basri, berkata mangsa telah menghubungi pasukan keselamatan bagi memaklumkan kejadian tersebut dan kini pasukan penyelamat sudah dihantar ke lokasi untuk menyelamatkan mereka.

Tambahnya lagi, berdasarkan maklumat awal, kejadian berpunca apabila helikopter yang membawa 5 orang pegawai perubatan itu mengalami masalah akibat cuaca buruk di lokasi sehingga memaksa juruterbangnya mengambil keputusan untuk melakukan pendaratan.

Bukan itu sahaja, Ketua Pegawai Eksekutif Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM), Datuk Kapten Chester Voo juga memaklumkan, usaha mencari dan menyelamat mangsa dijalankan melalui jalan darat ke lokasi helikopter terhempas sejurus menerima maklumat berhubung kemalangan udara berkenaan.

Pesawat berkenaan dikendalikan seorang juruterbang dengan membawa lima penumpang dan dikendalikan oleh Layang Layang Aerospace Sdn Bhd berlepas dari Kampung Gawin ke Tanjung Rambutan, Perak pada 12.20 petang

Chester berkata, siasatan lanjut akan dilaksanakan oleh Biro Siasatan Kemalangan Udara di bawah Kementerian Pengangkutan Malaysia mengikut Bahagian XXVI Peraturan-Peraturan Penerbangan Awam 2016.

Dilaporkan kesemua mangsa menerima rawatan awal di tempat kejadian sebelum dikeluarkan dan dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut.

Sumber: Harian Metro

SKIP THIS AD ×