Sebanyak empat mayat ditemukan tanpa kepala di pesisir pantai di Tanggamus dan Lampung Selatan dalam tempoh sebulan.
Mayat tanpa kepala
Susulan daripada penemuan tersebut, Jabatan Kedoktoran dan Kesihatan Polis Lampung telah melakukan proses bedah siasat dan mengumpul sampel ujian asid deoksiribonukleik (DNA) bagi mengenal pasti punca kematian.
Berdasarkan pemeriksaan awal, mayat pertama yang ditemui pada 15 Ogos lalu merupakan seorang lelaki. Ketika ditemui, mayat tersebut berada dalam keadaan reput 80 peratus. Manakala, mayat yang lain turut ditemukan dalam keadaan yang sama iaitu tanpa kepala tangan serta kaki dan kesemuanya memakai seluar trek..
Oleh itu, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kes tersebut diminta tampil ke balai polis.
Sumber: Regional Kompas